Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus di peringkat komuniti.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Pahang, Sim Chon Siang berkata, pendekatan turun padang itu penting bagi memastikan inisiatif kerajaan sampai kepada rakyat dan memberi manfaat secara langsung.

“Program ini menampilkan Jualan RAHMAH, Jualan Agro MADANI, jualan ikan segar, khidmat kaunter kerajaan, pemeriksaan kesihatan, kempen Internet Selamat serta aktiviti belia dan sukan rakyat.

“Turut disediakan bantuan pertukaran minyak hitam motosikal percuma dan penggantian topi keledar. Ia mungkin kecil tetapi memberi impak besar kepada pengguna motosikal setiap hari,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan program berkenaan, semalam.

Beliau menggesa masyarakat mengambil peluang daripada pelbagai kemudahan disediakan termasuk mendapatkan maklumat, mengemukakan pertanyaan dan bantuan berkaitan urusan kerajaan.

Dalam pada itu, Chon Siang menyeru orang ramai menjadi pengguna bijak dengan mengetahui hak, membandingkan harga, berbelanja mengikut keperluan dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran mencurigakan.

Mengenai isu harga di lokasi pelancongan, beliau memberi amaran kepada peniaga agar tidak mengambil kesempatan mengenakan harga melampau.

“Pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan pencatutan. Ini selari dengan Zon Tumpuan Pelancongan Patuh di Pahang.

“Antara aduan diterima ialah harga makanan terlalu tinggi. Contohnya sayur sepinggan RM36 di Genting Highlands. Kita akan siasat sama ada harga itu mempunyai asas atau tidak,” katanya.

Menurutnya, siasatan turut mengambil kira kos ditanggung peniaga termasuk harga barangan, sewa, pekerja dan operasi sebelum sebarang tindakan diambil.

“Peniaga juga perlu mematuhi penandaan harga supaya pengguna tahu harga sebelum membeli,” tambahnya.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

GOPENG – Penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka peluang lebih luas kepada negara untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara anggota blok berkenaan yang mewakili lebih separuh daripada populasi dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu