Anwar bawa diplomasi pragmatik ke pentas dunia wajar dihargai

TAWAU – Usaha diplomasi yang digerakkan kerajaan dengan membawa kepentingan Malaysia ke pentas antarabangsa wajar dihargai sebagai manifestasi kesungguhan mentadbir negara secara pragmatik dan berdaya saing.

Naib III Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Fung Thin Yein berkata, usaha itu dibuktikan menerusi
lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke New Delhi, India untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18.

“Walaupun penglibatan dalam BRICS memerlukan strategi pengimbangan diplomatik yang teliti, pendekatan itu memastikan hubungan baik dengan semua rakan dagang utama dan kepentingan Malaysia terus terpelihara.

“Usaha diplomasi seumpama ini jelas menunjukkan fokus pentadbiran semasa yang bertumpu kepada kestabilan ekonomi, peluang pelaburan dan pembangunan mampan demi kesejahteraan rakyat.

“Ini amat berbeza dengan pendekatan sesetengah pihak (parti) lain termasuk pembangkang yang dilihat terlalu taksub dengan politik kepartian,” katanya ketika dihubungi wartawan The Malaysia Press, pada Ahad.

Jelas Fung yang juga Ketua Cabang PKR Tawau, penyertaan dalam blok ekonomi yang sedang pesat membangun ini membuka ruang strategik bagi Malaysia mempelbagaikan pasaran eksport dan menarik pelaburan langsung asing yang bernilai tinggi.

“Usaha ini mencerminkan komitmen proaktif kerajaan pimpinan Anwar dalam memperkukuh kedudukan geopolitik dan ekonomi negara di peringkat antarabangsa.

“Penglibatan Malaysia juga secara tidak langsung memperjuangkan kepentingan dan suara negara-negara Selatan Global,” ujarnya.

Untuk rekod, Malaysia secara rasmi diiktiraf sebagai negara rakan kongsi (Partner Country) BRICS sejak 24 Oktober 2024 sempena Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.

Antara negara rakan baharu lain termasuklah Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Related Posts

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

KOTA KINABALU – Penglibatan seramai 300 pelajar daripada pelbagai institusi pengajian tinggi dalam persembahan khas dijangka memberi dimensi baharu kepada Sambutan Hari Malaysia peringkat Negeri Sabah, pada 16 September ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang