Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan, Datuk Jafry Ariffin berkata, sambutan itu bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya menjadi wadah penting untuk menghayati sejarah pembentukan Malaysia serta memperkukuh perpaduan dan semangat patriotisme rakyat.

“Sabah mempunyai kedudukan yang amat penting dalam sejarah pembentukan Malaysia.

“Sambutan ini harus menjadi ruang untuk kita mengenang perjuangan generasi terdahulu, di samping memperbaharui tekad untuk terus membina negara yang aman, maju dan bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai kunjungan hormat jawatankuasa berkenaan kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, di Istana Seri Kinabalu pada Rabu.

Kunjungan itu diadakan bagi menyembah maklum mengenai persiapan dan pengisian sambutan tersebut, selain mendapatkan nasihat serta pandangan Tun Musa bagi memastikan acara berkenaan berjalan lancar dan penuh bermakna.

Jafry yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah turut menyeru seluruh rakyat negeri ini bersama-sama menyemarakkan sambutan berkenaan sebagai manifestasi kecintaan terhadap negeri dan negara.

Related Posts

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

KUALA NERANG – Debu letusan gunung berapi di Indonesia bukan perkara asing di negara ini apabila bukti geologi menunjukkan ia pernah tersebar dan meninggalkan bahan itu di beberapa kampung di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

TAWAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan sebanyak RM5 juta dalam usaha mempergiat penglibatan golongan belia menerusi aktiviti sukarelawan kebajikan bersama warga emas menerusi program RYTHM-Ritma Kehidupan Harmoni. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

Debu letusan gunung berapi Indonesia pernah sampai di Padang Sanai

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran