Jaga sensitiviti, jangan anjur program cetus polemik

PUTRAJAYA – Semua pihak perlu sentiasa menghormati dan memahami sensitiviti umat Islam khususnya dalam aspek ketetapan hukum hakam dan nilai fitrah insan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata penganjuran sebarang acara yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan.

Susulan itu, katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh ketegasan Kerajaan Johor yang meminta siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengenal pasti individu terbabit dalam larian antarabangsa di Kota Tinggi yang disertai peserta berpakaian tidak senonoh dan berunsur lucah.

“Semua pihak perlu menyerahkan kepada pihak berkuasa menyiasat isu ini dan perpaduan serta keharmonian perlu sentiasa dipelihara demi kemakmuran negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, menerusi Facebook penduduk Kota Tinggi, tular video segelintir peserta larian yang berpakaian tidak senonoh dan berunsur lucah.

Perkongsian di Facebook itu turut memaparkan beberapa foto dan sebuah klip video sekumpulan individu berpakaian berwarna merah serta berkelakuan tidak senonoh dan lucah di tempat awam.

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan program larian itu disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran kepada mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di negeri itu.

Related Posts

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

KUALA LUMPUR – Pembentukan sahsiah anak bermula di rumah dan memerlukan penglibatan berterusan ibu bapa, bukan hanya diserahkan kepada sekolah atau pihak lain. Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Puan Rozana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MoT) akan memperketat kawalan keselamatan di lapangan terbang menerusi empat langkah segera bagi tempoh enam bulan akan datang. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

Integriti berasaskan keberhasilan bina pentadbiran kalis rasuah – Hajiji

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

10 orang maut akibat renjatan elektrik di Sabah tahun ini

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Penuntut wanita maut dipercayai dibunuh teman lelaki

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan