PUTRAJAYA – Kerajaan melalui Komuniti Madani komited menyampaikan maklumat sahih secara terus kepada masyarakat.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, anggota Komuniti Madani sebagai wakil yang membantu menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat setempat, perlu meningkatkan kefahaman tentang penggunaan teknologi terkini bagi memudahkan penyampaian.
“Ini bagi memastikan kaedah penyaluran dan perkongsian informasi adalah lebih menyeluruh,” katanya dalam catatan di Facebook usai bertemu Komuniti Madani di Pulau Pinang pada Sabtu.
Fahmi turut mengingatkan rakyat agar menjadi pengguna media sosial yang bertanggungjawab serta jangan mudah termakan dengan berita palsu dan fitnah.
“Saya harap Komuniti Madani dapat terus bergerak pantas sebagai pusat rujukan penduduk, seiring gerak kerja diselaraskan Jabatan Penerangan Malaysia,” katanya.



