Isu peserta larian promosi LGBT: Kerajaan Johor tidak akan berkompromi

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri bersedia mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan penganjur acara larian di daerah Kota Tinggi baru-baru ini sekiranya pihak itu didapati bersalah melanggar garis panduan ditetapkan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya acara yang seharusnya berkonsepkan kesihatan itu telah mencetuskan isu sehingga menggugat keharmonian dan kedaulatan agama Islam serta menjatuhkan imej negeri Johor secara keseluruhan.

Menurut beliau, aktiviti larian melibatkan penyertaan oleh pelancong asing telah tular selepas kumpulan tersebut mengenakan pakaian tidak senonoh serta mempromosikan budaya songsang.

“Berikutan isu yang tular berkaitan pelancong berpakaian songsang ketika larian di Kota Tinggi, kita menegaskan bahawa acara tersebut bukanlah anjuran Kerajaan Negeri mahupun agensi kerajaan di negeri Johor.

“Kerajaan negeri berharap isu ini tidak dipanjangkan sehingga menjejaskan dan mengancam keharmonian negeri serta kesucian agama Islam,” katanya menerusi kenyataan media, malam tadi.

Tegas beliau, kerajaan negeri tidak pernah memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi menganjurkan acara yang menjejaskan sensitiviti agama Islam di negeri ini.

“Selepas berhubung dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penganjur, objektif penganjuran acara itu bukanlah seperti yang dinyatakan dan kejadian yang berlaku adalah di luar kawalan pihak penganjur.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri memandang serius isu itu dan menggesa polis menjalankan siasatan lanjut serta memanggil individu yang terlibat,” katanya.

Terdahulu, menerusi gambar tular, beberapa peserta acara berkenaan yang juga pelancong asing dilihat berpakaian tidak senonoh dan mempromosi budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Malah, kelihatan sekumpulan penari wanita turut membuat persembahan dengan pakaian mencolok mata.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar mengesahkan hanya segelintir peserta dikesan melanggar garis panduan ditetapkan bagi acara larian yang berlangsung sejak Jumaat hingga hari ini.

Menurutnya, pihak penganjur telah dipanggil bagi mengenal pasti peserta yang melakukan kesalahan itu dan kertas sisastan kini dibuka mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

“Selain itu, polis turut menjalankan siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan yang menghina atau lucah dengan niat membangkitkan keadaan tidak aman.

“Dan satu lagi siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Polis Johor memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak cuba menggugat ketenteraman awam melalui tindakan yang menyentuh sensitiviti dan kaum,”katanya dalam kenyataan.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini