Malaysia perlu sedia penuhi permintaan tenaga RE

KEPERLUAN tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, situasi berkenaan memberi cabaran kepada kerajaan dalam memastikan permintaan itu dapat disediakan, selain keperluan bekalan air untuk pelabur.

“Sekarang ini di Johor sahaja permintaan tenaga boleh baharu lebih kurang 8,000 megawatt, begitu juga bekalan air untuk menyejukkan pusat data.

“Maknanya kalau kita tidak bersedia, maka pelabur tidak akan datang. Sebab itu kita kena cari jalan bagaimana kita nak pastikan kita dapat membekalkan tenaga yang diperlukan oleh pelabur-pelabur,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Jalinan Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Badan Bukan Kerajaan Siam dan Ketua-Ketua Agensi di Alor Setar, Kedah, malam tadi.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata keadaan itu memerlukan rakyat khususnya golongan pekerja untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diperlukan untuk memenuhi keperluan pelabur.

Beliau berkata, dalam hal itu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam melahirkan tenaga kerja tempatan sesuai dengan keperluan semasa.

“Inilah yang dilaksanakan di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kita.

“Sebab itu TVET diberi tumpuan untuk kita latih, sekarang ini di bawah (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi tumpuan bagaimana kita nak pastikan TVET ini disebarluaskan,” katanya.

Related Posts

Teknologi komunikasi maju, warisan lama jangan ditinggalkan – Fahmi

KANGAR – Kemajuan teknologi komunikasi yang semakin pantas perlu diterima tanpa mengabaikan nilai sejarah dan warisan komunikasi tradisional yang membentuk perjalanan masyarakat sejak sekian lama. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir 90 peratus kandungan diturunkan MCMC berkait scam, judi dalam talian

KANGAR – Scam dan judi dalam talian merangkumi hampir 90 peratus daripada keseluruhan kandungan yang diturunkan atas permintaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX