Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

KUANTAN – Kafe Secangkir di Sungai Karang Darat, dekat sini, rasmi ditutup hari ini.

Perniagaan keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan 11 kenderaan di LPT1, Lanchang, 31 Ogos lalu, menyajikan kopi dan kek kepada pelanggan mereka bermula jam 3 petang tadi.

Pemilik bersama kafe itu, Muhammad Nazatul Nazmi, 32, isteri Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, anak mereka Muhammad Armaan Nazeef, 4, meninggal dunia dalam nahas berkenaan.

Kemalangan jam 10.55 malam itu dipercayai berpunca akibat lori membawa muatan simen hilang kawalan.

Adik mangsa, Muhammad Hazim Rais, 26, berkata, kek dan minuman yang dijual hari ini adalah yang terakhir dari kafe yang mempunyai ramai peminat itu.

“Kek tu hanya arwah angah yang boleh buat. Walaupun abang saya belajar resipi sama, rasanya tak akan sama.

“Legasi Secangkir sampai di sini saja. Berat untuk kami teruskan nama ni,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Walaupun kafe buka jam 3 petang, orang ramai mula beratur jam 9.30 pagi.

Dianggarkan lebih 100 orang hadir bagi mendapatkan kek dan kopi di kafe berkenaan.

Difahamkan, kira-kira 100 potong kek terakhir hasil air tangan arwah Nur Atiqah Sofiya habis dijual.

“Kami terharu dan sebak. Tak sangka sambutannya macam ni,” kata Hazim.

Antara yang terkilan ialah Syairah Aqilah Zakaria, 27, yang mengidam kek butter lemon arwah.

“Saya kenal arwah sebab dia jurugambar kahwin kami 2 Mac 2024. (Saya) sedang mengandung tujuh bulan tapi tak ada rezeki nak rasa,” katanya.

Related Posts

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis Amphetamine (Amp) dan Methamphetamine (Meth) di tepi Simpang Itop, Jalan Pan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak