Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM

AMPANG – Individu yang ditahan bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu lagi memakai baju tahanan berwarna oren ketika dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelonggaran itu sudah dimaklumkan semalam, selaras dengan pandangan bahawa pemakaian baju berkenaan boleh menimbulkan persepsi tertentu terhadap individu yang masih dalam peringkat siasatan.

“Semalam, saya juga sampaikan… sebelum pendakwaan, dihadapkan (ke mahkamah) dan didakwa, baju oren (baju reman SPRM) pun tidak payah (pakai).

“Kalau tanya untuk siasat, siasat dulu. Kalau ada kes untuk didakwa, itu saya serahkan kepada badan penguat kuasa mengenai baju warna apa.

“Setakat ini, saya menghormati pandangan kerana ada orang yang rasanya bagi kerjasama dalam siasatan, tidak perlulah dikenakan baju oren kerana ia akan memberi persepsi berbeza,” katanya.

Anwar berkata demikian pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah di Masjid Bukit Indah, Ampang, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Anwar menegaskan usaha membanteras rasuah dan salah guna kuasa akan terus menjadi pendiriannya sepanjang memegang amanah sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, usaha berkenaan perlu dilihat sebagai agenda menyelamatkan negara dan tidak seharusnya dikaitkan dengan kepentingan mana-mana kaum atau kumpulan.

“Masyarakat Melayu, Cina, India, dari Sabah atau Sarawak… ini bukan soal kaum, ini soal selamatkan negara. Bukan hendak selamatkan kedudukan, bukan selamatkan kumpulan.

“Walaupun saya menghadapi risiko atau tekanan, insya-Allah… saya minta rakyat doa kita dapat teruskan dan bersihkan negara ini,” katanya.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA