KKDW, MoF perlu cari jalan rundingan – PM

AMPANG – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Kewangan (MoF) diminta menyelesaikan segera secara bersama isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek kementerian berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlarutan atau menjadi perdebatan terbuka antara kedua-dua kementerian, sebaliknya perlu diselesaikan menerusi rundingan secara baik.

“Kita bincang secara baik. Saya minta kementerian bincang, dua-dua kementerian dengan baik,” katanya pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu peruntukan KKDW yang menjadi perhatian susulan dakwaan berlaku kelewatan bayaran kepada kontraktor.

Perkara itu sebelum ini dibangkitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menyuarakan kebimbangan berhubung kedudukan kontraktor yang sudah melaksanakan kerja mengikut kemajuan ditetapkan dalam kontrak pembangunan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, antara projek terbabit ialah Jalan Luar Bandar (JALB), dengan kontraktor didakwa masih menunggu pembayaran daripada kerajaan.

Menurut beliau, kelewatan berkenaan boleh menjejaskan aliran tunai kontraktor sehingga ada yang terpaksa menghentikan operasi, selain berdepan tuntutan daripada pembekal bahan dan subkontraktor.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican, menjelaskan bahawa tiada sekatan dikenakan MoF terhadap peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar.

Beliau berkata, semua dana yang diperuntukkan kepada KKDW sudah disalurkan sepenuhnya, manakala isu pembayaran kepada kontraktor berlaku kerana peruntukan berkenaan sudah dibelanjakan.

Dalam perkembangan sama, Johan berkata, MoF sudah meluluskan peruntukan tambahan RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan pembayaran kepada kontraktor.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, turut mengingatkan semua kementerian dan agensi kerajaan supaya memastikan perbelanjaan dibuat berdasarkan peruntukan yang diluluskan.

Perkara itu dilihat penting bagi memastikan pengurusan kewangan kerajaan dilaksanakan secara teratur dan mengikut peruntukan yang ditetapkan.

Related Posts

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

UMNO perlu berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji sekiranya benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

KUCHING – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memutuskan penutupan sementara melibatkan 563 sekolah rendah dan 84 sekolah menengah dari 7 hingga 11 September berikutan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

Agong isytihar darurat di Serian, Sarawak susulan jerebu

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM

Baju oren SPRM tidak lagi perlu untuk prosiding reman – PM