PP26 bukan sekadar latihan, sembilan negara siap hadapi krisis bencana

KOTA KINABALU – Pacific Partnership 2026 (PP26) bukan sekadar misi bantuan kemanusiaan dan tindak balas bencana sebaliknya platform penting untuk memperkukuh kesiapsiagaan serta keupayaan bersama menghadapi krisis.

Panglima Angkatan Bersama (PAB), Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi berkata, bencana tidak mengenal sempadan dan tiada satu negara, agensi atau organisasi yang mampu menangani setiap situasi bersendirian.

“Tiada satu negara, agensi atau organisasi yang boleh melakukan segala-galanya, dan tiada satu agensi boleh berada di semua tempat pada masa yang sama.

“Kerjasama antara negara rakan, agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pihak berkuasa awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti tempatan bukan sekadar sesuatu yang diinginkan, tetapi satu keperluan dalam menghadapi bencana,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Perasmian Pacific Patnership 2026 di Dewan Mengkabong, Intan Sabah, pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerjasama antara negara rakan, agensi kerajaan, pasukan keselamatan, pihak berkuasa awam, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti tempatan bukan sekadar sesuatu yang diingini, tetapi satu keperluan.

“Kekuatan Pacific Partnership terletak pada keupayaan menggabungkan pelbagai kemampuan untuk membentuk kapasiti bersama yang tidak mampu dicapai oleh satu pihak secara bersendirian.

“Dalam erti kata lain, kita lebih kuat bersama berbanding secara berasingan,” jelasnya.

Tambahnya, hubungan, persefahaman, interoperabiliti dan kepercayaan perlu dibina sebelum krisis berlaku, bukannya ketika bencana sudah melanda.

“Perkongsian tidak boleh diwujudkan apabila bencana sudah berlaku. Kita mesti membina hubungan, persefahaman, interoperabiliti dan kepercayaan sebelum krisis,” kongsinya.

Sementara itu, PP26 turut memberi peluang kepada peserta berkongsi pengetahuan dan pengalaman, memahami keupayaan serta keterbatasan masing-masing, selain membina keyakinan untuk bekerjasama ketika berdepan situasi kritikal.

“Apabila krisis seterusnya berlaku, persoalannya bukan siapa yang mampu melakukan segala-galanya.

“Persoalannya ialah siapa yang mampu bekerjasama dengan pantas, berkesan dan sebagai satu pasukan,” katanya.

Menurut Sekretariat Perhubungan Awam, Markas Angkatan Bersama, PP26 melibatkan sembilan negara iaitu Malaysia, Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Jerman, Jepun, Republik Korea, Singapura dan United Kingdom dengan penyertaan anggota serta pakar dalam pelbagai bidang berkaitan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan.

Penganjuran PP26 Sabah memberi tumpuan kepada empat bidang utama meliputi pengurusan bencana, perubatan, kejuruteraan dan libat urus negara tuan rumah.

Related Posts

RSK, Ops Nafkah perkasa akses keadilan syariah untuk masyarakat, OKU

TAWAU – Program Rakan Sulh Komuniti (RSK) dan Ops Nafkah tampil sebagai jambatan mendekatkan institusi kehakiman Syariah dengan masyarakat termasuk golongan OKU agar mereka lebih memahami hak, tanggungjawab serta saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan rancak aktiviti ekonomi setempat

KUANTAN – Pembukaan Persimpangan Bertingkat Pelabuhan Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) di sini memperkukuh jaringan pengangkutan dan menyokong pertumbuhan industri serta pelaburan di negeri ini. Menteri Besar Pahang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014