Raja Tenggiri 2024 serlahkan potensi pelancongan

MUKAH – Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Taib hadir untuk merasmikan acara tahunan Raja Tenggiri Mukah 2024 yang berlangsung di Muara Batang Mukah dengan meriah.

Kejohanan ini diadakan yang bertujuan mempromosikan aktiviti memancing dan menarik pelancong ke Mukah.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan sokongan padu terhadap penganjuran kejohanan seperti ini, yang bukan sahaja memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk terlibat secara aktif dalam sektor pelancongan tetapi juga membantu memperkembangkan ekonomi setempat, terutama industri perikanan yang menjadi salah satu tunjang ekonomi Mukah.

“Melalui usaha seperti ini, saya yakin Mukah akan terus berkembang sebagai destinasi pelancongan yang menarik,” kata beliau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Mukah berharap ia dapat membawa impak positif kepada komuniti tempatan.

Acara tersebut berjaya menarik penyertaan sebanyak 97 individu yang bertanding dalam kumpulan bersama-sama 20 bot dari Mukah serta kawasan sekitar Sarawak yang turut mengambil bahagian.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Yakub Arbi.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik