SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya mendapatkan kebenaran untuk menyambung tempoh reman terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Tabung Haji (TH) kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan wang pelaburan dan saham bernilai RM190 juta.

Ini susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) pada 29 Julai lalu bahawa TH mengalami kerugian hampir RM10 bilion akibat kegagalan mematuhi peraturan dan kesilapan dalam pelaburan sejak 2014.

Perintah reman sehingga 30 Ogos ini dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Suspek berusia dalam lingkungan 60-an itu tiba di pekarangan mah­kamah di sini kira-kira pu­kul 9.30 pagi dengan kenderaan pel­bagai guna (MPV), sebelum di­iringi pegawai SPRM dengan ta­ngan bergari dan berbaju lokap.

Jumaat lalu, ahli korporat itu telah direman selama tujuh hari kerana terlibat dalam penyelewengan wang pelaburan dan saham.

Sumber SPRM memaklumkan, individu berkenaan juga adalah ahli korporat terkenal yang pernah memegang jawatan di beberapa syarikat terkemuka di negara ini.

Terdahulu, SPRM sebelum ini sudah menahan dan memanggil tujuh individu bagi membantu siasatan berhubung RCI itu.

Mereka terdiri daripada seorang bekas ketua pegawai eksekutif syarikat perkapalan selain seorang pengarah syarikat pembinaan, seorang bekas pengarah syarikat serta empat bekas pengurusan kanan Tabung Haji.

Sebelum ini, laporan RCI TH yang didedahkan selepas empat tahun, mengemukakan sebanyak 25 syor utama bagi meningkatkan ketelusan, profesionalisme, dan tadbir urus institusi terbabit.

Antara syor utama yang terkandung dalam laporan RCI terbabit ialah melarang ahli politik aktif daripada menduduki Lembaga Pengarah TH bagi mengelakkan campur tangan politik.

Malah, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya siasatan berhubung laporan RCI TH dijalankan ‘sehingga ke lubang cacing’.

Related Posts

54 gagal dihubungi, kerajaan gembleng ikhtiar pastikan keselamatan rakyat Malaysia di Nepal

PUTRAJAYA – Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Nepal serta agensi berkaitan susulan bencana banjir kilat yang berlaku di Nepal. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Pengerusi TH, KSU Perbendaharaan tiba di mahkamah untuk permohonan reman

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) dan mantan Ketua Setiausaha Perbendaharaan hadir di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis bagi prosiding permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung pendedahan Laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Sulong masuk hutan Kelantan, Perhilitan pantau guna dron

Jangan bergantung harap dana dari langit

Jangan bergantung harap dana dari langit

Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

Azmin sertai PKR, ‘ada orang jemput ke’

PRN Melaka: PH-BN dijangka tentukan hala tuju sebelum Hari Malaysia

PRN Melaka: PH-BN dijangka tentukan hala tuju sebelum Hari Malaysia

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

SPRM sambung reman bekas CEO Tabung Haji sehingga 30 Ogos

Isu premis judi salah sendiri, Sanusi usah cuba alih tiang gol

Isu premis judi salah sendiri, Sanusi usah cuba alih tiang gol