Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

MUKAH – Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib menyalurkan sumbangan baik pulih rumah kepada 21 keluarga yang terjejas akibat kejadian ribut di kawasan Mukah baru-baru ini.

Sumbangan daripada Peruntukan Khas (Bencana) itu disalurkan segera sebagai usaha meringankan beban kewangan serta memulihkan kerosakan struktur rumah penduduk terbabit.

Antara lokasi yang terjejas parah dalam insiden berkenaan merangkumi Kampung Tellian Tengah dan Kampung Tellian Ulu.

Hanifah menzahirkan rasa simpati mendalam terhadap kesukaran yang dihadapi penduduk susulan bencana yang menimpa kediaman masing-masing.

“Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian ini, pihak Pusat Khidmat Parlimen P213 Mukah telah diarahkan bergerak cepat untuk menyelaraskan bantuan terus kepada keluarga yang terkesan.

“Diharapkan bantuan yang diberikan ini dapat membantu penduduk membaiki kerosakan serta meneruskan kehidupan seharian dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat,” katanya.

Susulan insiden itu, kerja-kerja pembaikan struktur rumah yang rosak telah pun dimulakan secara berperingkat.

Proses baik pulih berkenaan dilaksanakan menerusi kerjasama erat dan semangat gotong-royong dalam kalangan penduduk setempat serta sukarelawan di kawasan Parlimen Mukah.

Usaha bersepadu itu bagi memastikan tahap keselamatan dan kesejahteraan mangsa ribut terus terjamin tanpa perlu menunggu tempoh yang lama.

Related Posts

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

LIMBANG – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menyantuni mangsa yang terjejas dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Kampung Baru Medamit di sini, hari ini. Dalam lawatan itu, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah