Banjir Perak: Jumlah mangsa terus meningkat, tiga PPS baharu dibuka

TAIPING – Akibat hujan berterusan petang Khamis, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam tadi susulan peningkatan jumlah mangsa banjir melibatkan Daerah Kerian dan Larut Matang Selama (LMS), di sini.

Jumlah mangsa banjir di Daerah Kerian dan LMS meningkat kepada 200 mangsa daripada 67 keluarga malam tadi berbanding 79 mangsa daripada 29 keluarga sebelum ini.

Menurut jurucakap Sekretariat Pengerusan Bencana Negeri Perak, seramai 39 mangsa daripada 11 keluarga di Kampung Matang Tengah, Daerah Kerian di tempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak yang dibuka Rabu lalu.

Jelasnya, sebanyak tiga PPS baharu dibuka malam tadi di Taiping dalam Daerah LMS iaitu di Masjid Nurul Hidayah, Sungai Bemban, Kuala Trong; Masjid Al-Wusta, Batu 8 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor, Matang.

“PPS Masjid Nurul Hidayah menempatkan seramai 81 mangsa yang terdiri daripada 31 keluarga.Kesemua mangsa tinggal di Kampung Batu 9, Changkat Jering.

“Sementara, PPS Masjid Al-Wusta menempatkan 30 mangsa daripada 11 keluarga. Kesemua mangsa dari Kampung Kuala Trong dan Kampung Sungai Ponggor,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah jurucakap tersebut, di PPS SK Matang Gelugor telah menempatkan 50 mangsa daripada 11 keluarga dari Kampung Matang Gelugor, Kampung Matang Pasir dan Kampung Jebong Kiri.

Sehingga malam tadi, tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dan proses pemindahan berjalan dengan lancar membabitkan pelbagai pihak berkaitan.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak memaklumkan FT147 Jalan Bagan Serai–Changkat Lobak di Daerah Kerian ditutup kerana berlaku tanah runtuh.

Sehubungan itu, jalan alternatif Alor Pongsu–Bukit Merah dibuka kepada semua kenderaan berat memandangkan paras air kini berada pada 0.42 meter.

Related Posts

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

SIBU – Cadangan untuk memperluaskan program Jom Masuk Universiti (JMU) kepada tiga zon utama di Sarawak dilihat mampu meningkatkan capaian maklumat pendidikan tinggi khususnya dalam kalangan pelajar luar bandar. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

MIRI — Kerajaan Sarawak terus komited memperkukuhkan usaha pembangunan Miri sebagai hab ekonomi utama di wilayah utara yang lebih dinamik, berdaya saing serta berteraskan pembangunan mampan. Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

Pastikan bekalan tangki imbangan R13 mencukupi, langkah segera bantu penduduk terjejas

Pastikan bekalan tangki imbangan R13 mencukupi, langkah segera bantu penduduk terjejas