JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2 (JENDELA 2) di Sabah perlu memberi penekanan kepada penyediaan perkhidmatan internet yang berkualiti, stabil dan boleh dipercayai, bukan sekadar mengejar jumlah projek atau pembinaan menara telekomunikasi.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk James Ratib berkata, Kerajaan Negeri Sabah menyambut baik usaha Kerajaan Persekutuan khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam memperluas infrastruktur dan kesalinghubungan digital menerusi JENDELA 2.

“Pelaksanaan inisiatif itu amat penting terutama dalam memperluas akses Internet ke kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah yang masih berdepan cabaran dari segi liputan dan infrastruktur telekomunikasi.

“Bagaimanapun, kita mahu memastikan pelaksanaan JENDELA 2 tidak hanya diukur berdasarkan jumlah projek yang dilaksanakan atau sama ada ia siap mengikut jadual.

“Lebih penting, rakyat Sabah mesti menerima perkhidmatan Internet yang berkualiti, stabil dan boleh dipercayai,” katanya dalam satu kenyataan media, disini, pada Selasa.

Menurutnya, pengalaman berkaitan prestasi kesalinghubungan internet di sekolah-sekolah Sabah perlu dijadikan pengajaran penting dalam pelaksanaan projek baharu.

“Kelemahan berkaitan prestasi internet tidak seharusnya berulang, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman yang masyarakatnya amat bergantung kepada kesalinghubungan digital yang boleh dipercayai.

“Bagi sektor pendidikan, kesalinghubungan Internet yang stabil bukan lagi kemudahan tambahan tetapi merupakan keperluan penting bagi memastikan guru dan pelajar dapat mengakses pembelajaran digital, platform pendidikan serta sumber dalam talian secara berkesan,” ujarnya.

Sementara itu, James menggesa SKMM memastikan syarikat atau Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) yang dilantik bagi melaksanakan Bahagian 2 JENDELA 2 mempunyai keupayaan teknikal, kapasiti operasi serta rekod prestasi yang terbukti.

“MNO yang dilantik bukan sahaja perlu mampu menyiapkan projek dalam tempoh ditetapkan, malah perlu memastikan kualiti dan konsistensi perkhidmatan Internet selepas projek siap.

“Kita mahukan MNO yang dilantik bukan hanya mempunyai keupayaan untuk menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan, tetapi juga mampu menyediakan kesalinghubungan yang baik dan konsisten selepas projek tersebut siap,” jelasnya.

Tambahnya, kualiti perkhidmatan perlu diberikan keutamaan yang sama seperti pembangunan infrastruktur telekomunikasi bagi memastikan manfaat JENDELA 2 benar-benar dirasai rakyat.

“Kejayaan JENDELA 2 di Sabah tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah menara yang dibina atau kawasan yang diklasifikasikan mempunyai liputan semata-mata.

“Ukuran sebenar kejayaan adalah sama ada penduduk di kawasan tersebut benar-benar dapat mengakses Internet secara berkesan, konsisten dan boleh dipercayai dalam kehidupan seharian mereka,” tegasnya.

Dalam pada itu, James berkata, Kerajaan Sabah menghargai kerjasama Kerajaan Persekutuan dan SKMM dalam usaha merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar, luar bandar dan pedalaman.

“Sabah bersedia untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan dan SKMM bagi memastikan kepentingan rakyat negeri itu diberikan perhatian sewajarnya, khususnya dari segi kualiti dan kebolehpercayaan perkhidmatan Internet.

“Sabah mahu JENDELA 2 bukan sahaja disiapkan mengikut jadual, tetapi turut memberikan kesalinghubungan yang bermakna dan berkualiti kepada rakyat.

“Oleh itu, kita berharap SKMM akan melantik MNO yang berkeupayaan dan berpengalaman serta mempunyai kapasiti untuk melaksanakan Bahagian 2 JENDELA 2 dengan baik, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman Sabah,” katanya lagi.

Related Posts

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

KUALA LUMPUR – Tiga sekeluarga, termasuk kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, maut selepas lori Jabatan Imigresen dipercayai melanggar lampu merah sebelum merempuh sebuah kereta dan melanggar pejalan kaki di persimpangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

SHAH ALAM – Lebih 200 kamera litar tertutup (CCTV) bagi Sistem Parkir Pintar Selangor (SIP) telah dipasang di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), daripada keseluruhan 500 unit yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

Kanak-kanak 12 tahun antara tiga sekeluarga maut dirempuh lori Imigresen

JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

  • By Ithma
  • August 19, 2026
JENDELA 2 perlu sedia perkhidmatan internet berkualiti, stabil – James Ratib

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

MBSJ pasang lebih 200 CCTV Sistem Parkir Pintar

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

Saifuddin nafi KDN beri kewarganegaraan ‘secara borong’ kepada warga asing

KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

  • By Fatin
  • August 19, 2026
KPDN Tawau rampas barang kawalan termasuk kenderaan bernilai lebih RM104,000

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli

Kerajaan peruntuk RM412 juta perkasa masyarakat Orang Asli