AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AYER KEROH – Langkah kerajaan memberi ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk bersuara dan menentukan pendirian politik masing-masing disifatkan sebagai satu perkembangan positif serta kemenangan besar bagi golongan muda di Malaysia, kata Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohammed Taufiq Johari.

Beliau berkata, langkah berkenaan memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyampaikan pandangan, memilih jalan serta menentukan idealisme dan kepercayaan politik masing-masing selepas sekian lama berdepan sekatan menerusi Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

“Ini sebenarnya langkah ke hadapan yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan kelepasan kepada mahasiswa kerana mahasiswa adalah asas pembangunan anak muda dan pembangunan anak muda bermula daripada sekarang, iaitu mahasiswa itu sendiri.

“Ini adalah satu berita yang sangat positif dan satu kemenangan besar sebenarnya untuk anak muda di Malaysia dan juga mahasiswa secara keseluruhannya,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) selepas Kongres Nasional PKR 2026, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Taufiq berkata, keputusan Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar untuk berehat seketika daripada tugasan parti bukan bermakna beliau menyerah dalam perjuangan, sebaliknya memilih untuk terus menyumbang menerusi pendekatan berbeza.

Beliau berkata, Nurul Izzah tetap memberikan sumbangan kepada parti, khususnya dalam pembangunan parti dan kaderisasi di peringkat akar umbi.

“Kita menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Timbalan Presiden, saudari Nurul Izzah untuk berehat sebentar.

“Walau bagaimanapun, beliau bukan hanya bercuti, tetapi memilih jalan untuk menyumbang kepada parti dalam bentuk dan cara yang berbeza.

“Walau apa pun itu, perjuangan tidak pernah henti, perjuangan tidak pernah patah dan beliau tidak menyerah serta terus memberikan yang terbaik untuk pembangunan parti dan juga kaderisasi di peringkat akar umbi. Itu amat penting,” katanya.

Taufiq berkata, PKR juga tidak pernah ketandusan pemimpin, khususnya pemimpin muda yang mampu meneruskan kesinambungan perjuangan parti.

Katanya, tugasan berkenaan akan dipikul Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan dibantu Pengarah Pilihan Raya PKR, Datuk Seri Amirudin Shari yang juga Menteri Besar Selangor dan Naib Presiden parti.

“Saya rasa ini adalah satu gabungan yang hebat dan hala tuju serta kompas yang jelas daripada kongres pada kali ini untuk kita teruskan perjuangan ini dan memberikan yang terbaik untuk rakyat sehingga kita dapat semula kepercayaan rakyat secara keseluruhannya.

“Jadi, saya amat positif dan optimis dengan segala apa yang telah dilaksanakan oleh parti sekarang ini,” katanya.

Mengulas mengenai kepimpinan Perdana Menteri, Taufiq berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutamakan kestabilan dan masa depan negara serta amanah yang diberikan rakyat berbanding kepentingan peribadi dan politik.

“Bagi saya, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri memilih harga yang lebih mahal sebenarnya untuk menjaga kestabilan dan juga menjaga masa depan negara, menjaga amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

“Yang paling penting adalah untuk kita berikan yang terbaik. Kestabilan politik juga akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sebenarnya kepentingan negara diletak jauh ke depan berbanding dengan kepentingan peribadi dan juga kepentingan politik,” katanya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok