Peluang saksikan pameran motosikal klasik tentera, vintaj

IPOH – Bermula 4 sehinga 6 Oktober ini, orang ramai terutamanya peminat motosikal klasik dan jentera dua roda berpeluang menghadiri Hari Terbuka Motosikal Klasik Tentera dan Vintaj Kelima Malaysia 2024 bertempat di Murni Campsite, Gopeng, di sini.

Program anjuran Kelab Motosikal Klasik Perak (PBCMC) telah dipilih oleh Kelab Motosikal Vintage & Klassik Malaysia (MVCM) sebagai penganjur acara tahun ini.

Pameran ini merupakan julung kali diadakan di Perak selepas penganjurannya di Pantai Bagan Lalang, Selangor (2018), Desaru Johor (2019), Melaka (2022) dan Batu Laut Selangor pada tahun lepas.

MVCM dalam kenyataan memberitahu, acara ini terbuka kepada peminat dan pencinta automotif khususnya motosikal termasuklah basikal klasik serta barangan antik ketenteraan.

“Acara ini bertujuan untuk memupuk semangat kenegaraan dan cintakan negara,” katanya.

“Di samping itu dapat menambah ilmu pengetahuan selain pembelajaran kepada generasi muda berkaitan sejarah lampau,” tambahnya.

Difahamkan lebih 59 motosikal tentera klasik pelbagai model dan jenama akan dipamerkan.

Antaranya BSA, Triumph, Norton, Royal Enfield, AJS, Matchless, Areal, James, WLA-Harley Davidson, BMW, Vespa, Honda dan banyak lagi.

“Menerusi penganjuran ini, kita dapat membantu merancakkan pelancongan di negeri Perak yang mana tahun 2024 ini adalah Tahun Melawat Perak,” ujar jurucakap MVCM lagi.

Tambah beliau, para peserta juga akan di bawa ke tempat-tempat bersejarah berhampiran.

Pameran selama tiga hari ini turut menampil dan mempamerkan pelbagai model basikal klasik tentera yang digunakan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua.

Model-model ini seperti Birmingham Small Arms (MKv Airborne), Sunbeam, Royal Enfield, Peugeot, Philips Tandem, Triumph, Norton termasuk Swiss Army Bicycle.

Turut dipamerkan koleksi peribadi pelbagai alatan dan kelengkapan tentera semasa Perang Dunia Kedua.

Ayuh semua, jangan lepaskan peluang keemasan ini bermula Jumaat sehingga Ahad nanti.

Related Posts

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

KUANTAN – Program Paya Besar Global Pulse: Russian Track hujung minggu lalu, menghimpunkan belia berusia antara 15 hingga 19 tahun dari kawasan Parlimen Paya Besar dan anak muda Rusia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Sindiket dadah antarabangsa guna jet peribadi elak kawalan ketat KLIA

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding