Calon MB BN Negeri Sembilan belum dimuktamadkan

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) belum memuktamadkan calon Menteri Besar selepas gabungan itu dan PN berjaya menawan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-16.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon Menteri Besar dalam gabungan BN-PN juga akan dibawa menghadap kepada Yang Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

“(Calon Menteri Besar), saya akan menghadap Tuanku dahulu, Insya-Allah, akan menghadap as soon as possible,” katanya pada media di Wisma UMNO Negeri Sembilan, pada Sabtu.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberi signal bahawa gabungan gelombang ‘biru dan biru pekat’ di Negeri Sembilan  akan diteruskan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijangka akan diadakan dalam tempoh tidak lama lagi.

“Justeru, tugas kami bermula daripada malam ini! Setiap aku janji di dalam manifesto insya-Allah mesti dilunaskan demi kepentingan rakyat dan Negeri Sembilan!

“Manifesto ini merupakan aku janji kami kepada rakyat Negeri Sembilan dan akan menjadi panduan utama untuk pentadbiran negeri insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada rakyat pelbagai kaum, latar belakang, dan lapisan masyarakat, termasuk warga keselamatan kerana telah memberi mandat kepada BN untuk mentadbir Negeri Sembilan.

‘Ini membawa mesej yang jelas bahawa rakyat mahukan kestabilan. Dan kami percaya inilah makna sebenar perpaduan yang dirindui oleh rakyat Negeri Sembilan dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

“Namun, kejayaan ini tidak boleh menjadikan kita leka dan angkuh. Gelombang ini hanya akan terus berkembang sekiranya kita membalas keyakinan rakyat dengan prestasi, hasil, dan perubahan yang benar-benar dapat dirasai oleh rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK