DAP Sarawak puji komitmen kerajaan MADANI laksana tuntutan MA63

KUCHING – DAP Sarawak menyambut baik usaha berterusan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam melaksanakan pengembalian hak dan penurunan kuasa di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Sim Kiat Leng menyifatkan komitmen tersebut sebagai perkembangan paling signifikan dalam hubungan antara Persekutuan dengan Sarawak sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, walaupun negara berdepan pertukaran kerajaan Persekutuan sebelum ini, hanya kerajaan MADANI yang kekal konsisten, ikhlas, dan sistematik dalam melaksanakan MA63.

“Pada masa lalu, MA63 sering dijadikan slogan politik yang dilaungkan ketika kempen pilihan raya namun tiada kemajuan ketara sebaik sahaja pilihan raya berakhir.

“Kini, di bawah kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, MA63 bukan lagi sekadar deklarasi politik, sebaliknya direalisasikan menerusi pembaharuan institusi dan langkah pentadbiran demi menunaikan janji secara berperingkat,” katanya.

Mengulas lanjut, Kiat Leng mendedahkan bahawa perkembangan terbaharu seperti pemindahan pengurusan Pelabuhan Bintulu dan keputusan memulangkan 3,655 hektar tanah di Sibu kepada Sarawak merupakan bukti konkrit komitmen kerajaan.

Jelasnya, pendekatan yang pragmatik dan berorientasikan hasil itu jauh lebih bermakna berbanding sekadar menabur janji politik tanpa sebarang tindakan susulan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pengembalian kuasa itu tidak sepatutnya dianggap sebagai matlamat akhir, sebaliknya ia adalah permulaan kepada fasa pentadbiran baharu.

“Perkara yang paling penting kepada rakyat bukanlah siapa yang memegang kuasa, tetapi sama ada kuasa itu mampu diterjemahkan kepada perkhidmatan awam yang lebih baik dan pengagihan sumber yang lebih adil.

“Justeru, kita berharap kerajaan Sarawak dapat memanfaatkan sepenuhnya kuasa yang dikembalikan ini dengan menggubal dasar yang benar-benar menguntungkan rakyat,” ujarnya.

Mengambil contoh pengurusan Pelabuhan Bintulu dan tanah di Sibu, beliau mahu kerajaan negeri mengambil peluang keemasan itu untuk meningkatkan tata kelola serta mencipta lebih banyak peluang ekonomi.

Beliau turut memberi jaminan bahawa DAP Sarawak akan terus memantau pelaksanaan baki tuntutan MA63 yang lain.

“Pelaksanaan MA63 hanya boleh dianggap berjaya apabila kuasa yang dikembalikan itu benar-benar ditransformasikan kepada hasil yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat Sarawak,” tegasnya.

Related Posts

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

PUTATAN – Golongan muda di Sabah digalakkan berani mencuba perkara baharu dan meneroka potensi diri kerana langkah kecil hari ini mampu berkembang menjadi kemahiran, kerjaya atau kejayaan pada masa hadapan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

KOTA KINABALU – Empat projek menaik taraf jalan di kawasan Parlimen Sepanggar yang telah mendapat kelulusan Kementerian Ekonomi disasarkan dapat disiapkan tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Kerajaan mahu lulusan pondok tembusi universiti, sistem pendidikan awam – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Institusi pondok perlu kuasai AI, tradisi ilmu baharu diperkasa – PM

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Jangan takut mencuba, teroka potensi menerusi Rakan Muda – Mansur Asun

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

Empat projek naik taraf jalan Sepanggar mahu disiapkan tahun ini

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya