Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Pengundi di Negeri Sembilan diseru membuat pilihan tepat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) esok dengan memilih pemimpin yang berintegriti dan amanah bagi menjamin kesinambungan pentadbiran negeri yang stabil serta berkesan.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, setiap undi yang diberikan bukan sahaja menentukan wakil rakyat yang dipilih, malah mencorakkan hala tuju pentadbiran negeri pada masa hadapan.

Menurut beliau, pemilihan pemimpin yang berwibawa penting bagi memastikan wang rakyat diurus secara berhemah, selain menjamin pelaksanaan pembangunan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Sekiranya kita pilih pemimpin yang betul, maka baiklah pengakhirannya. Kalau kita pilih pemimpin yang tidak betul, tidak amanah, maka akan berlaku macam-macam masalah di kemudian hari.

“Kita nak duit rakyat dijaga dengan baik. Kita nak pembangunan dilakukan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas program pelepasan Jelajah Anak Muda di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kempen PH setakat ini menerima maklum balas yang menggalakkan daripada pengundi walaupun pelbagai dakwaan dan naratif dimainkan menerusi media sosial.

Beliau berkata, kehadiran anak-anak perantauan yang mula pulang ke kampung untuk mengundi turut memberikan petanda positif terhadap kadar keluar mengundi pada PRN kali ini.

“Laluan dari Seremban ke Kuala Pilah sudah mula sesak sejak tengah hari tadi. Apabila saya bertanya kepada saudara-mara dan ahli keluarga yang tinggal di sini, mereka memaklumkan ramai yang masih dalam perjalanan atau sudah berada di kampung. Jadi saya melihat semangat untuk keluar mengundi kali ini agak baik dan positif,” katanya.

Beliau turut menggesa anak-anak Negeri Sembilan yang masih berada di luar kawasan supaya pulang bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada hari pengundian esok.

Seramai 859,760 pemilih berdaftar, termasuk 7,391 pengundi pos, layak mengundi pada PRN Negeri Sembilan bagi memilih wakil rakyat di 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada pilihan raya kali ini, PH bertanding di kesemua 36 kerusi DUN, manakala Barisan Nasional meletakkan calon di 25 kerusi, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di 24 kerusi, Perikatan Nasional di 11 kerusi serta empat calon Bebas. Sementara itu, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Orang Asli Malaysia (ASLI) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing bertanding di satu kerusi.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK