Nilailah pemimpin berdasarkan amanah, bukan janji – PMX

PORT DICKSON – Rakyat Negeri Sembilan diseru menilai kepimpinan berdasarkan kemampuan melaksanakan amanah dan tindakan, bukan sekadar janji atau retorik ketika berkempen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu selari dengan prinsip Islam yang menuntut seseorang bukan hanya menyeru kepada kebaikan, tetapi membuktikannya melalui amal dan tindakan.

Menurut beliau, ukuran sebenar sesebuah pentadbiran bukan berdasarkan kenyataan atau manifesto semata-mata, sebaliknya keupayaan melaksanakan perkara yang dijanjikan kepada rakyat.

“Dalam kegiatan kita dalam tata negara ini, borang ukur bukan jaminan, bukan kenyataan, bukan manifesto, tetapi keupayaan kita mengamalkan.

“Sebab itu bila kita diberikan amanah, kita lihat beberapa kegiatan. Kita bukan hanya bicara soal Islam, tetapi bagaimana kita melaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Munajat Perdana bersama penduduk Linggi di Dewan Orang Ramai Linggi, pada Khamis.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dalam ucapan itu Anwar turut menyentuh kepimpinan Aminuddin yang disifatkannya sebagai pemimpin amanah dan tidak menyalahgunakan kuasa.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pemimpin yang mempunyai integriti seperti Aminuddin perlu terus diberi sokongan kerana ia memberi manfaat kepada rakyat.

“Kalau ada pemimpin yang amanah, yang baik, yang tidak rasuah kita tolak, saya tidak tahu apa sebabnya,” katanya.

Anwar menegaskan akan terus menyokong Aminuddin untuk terus menerajui Negeri Sembilan kerana rekod pentadbiran yang mengutamakan kepentingan rakyat.

“Pemimpin yang diberi kuasa perlu memastikan tadbir urus dilaksanakan dengan baik kerana kegagalan menjaga amanah boleh menyebabkan rakyat tidak mendapat manfaat.

“Perkara itu juga menjadi asas kepada pendekatan kerajaan dalam menangani isu berkaitan institusi dan badan berkepentingan rakyat,” katanya.

Related Posts

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

LENGGENG – Calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, Zool Amali Hussin mendakwa pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) membuktikan kegagalan kepimpinan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

KUALA PILAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan pengundi supaya tidak menggunakan telefon bimbit di saluran mengundi ketika menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan esok, selain mematuhi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

Zool Amali dakwa UMNO gagal pertahan integriti, gesa tindakan tegas susulan RCI TH

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

FKAT dipastikan masuk Visit Sabah tahun hadapan

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

SPR ingatkan larangan penggunaan telefon bimbit di saluran mengundi

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

GP Bahrain di SIC berlangsung sebelah petang

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Kenyataan itu biadab, hina institusi diraja – KDU Pas Perlis

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan

Fahmi seru pengundi pilih pemimpin amanah pada PRN Negeri Sembilan