Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

PORT DICKSON – Keputusan Kerajaan MADANI tidak mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) lebih awal atau tiga tahun lalu bagi mengelakkan krisis keyakinan yang boleh menyebabkan institusi tersebut ‘gulung tikar’.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya laporan berhubung penyelewengan pengurusan terdahulu yang didakwa mengakibatkan kerugian melebihi RM10 bilion itu diterbitkan ketika itu, pendeposit berkemungkinan besar akan mengeluarkan simpanan mereka sehingga menjejaskan kedudukan kewangan TH.

Menurutnya, selepas tiga tahun di bawah pengurusan baharu yang diterajui Tan Sri Abdul Rashid Hussain, TH kini kembali stabil dan kukuh sekali gus membolehkan laporan tersebut didedahkan.

“Bila ada yang tanya kenapa tiga tahun lalu tidak diumumkan, saya jelaskan kalau ketika itu laporan dikeluarkan, rakyat akan hilang keyakinan dan mengeluarkan wang mereka. Akhirnya Tabung Haji boleh gulung tikar.

“Selepas tiga tahun dengan pengurusan baharu yang cemerlang, Tabung Haji kini kembali bertapak kukuh,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), pada Jumaat.

Bagaimamanapun, menurut Anwar, sejak tiga tahun lalu, pengurusan TH sudah bertukar dan kini berada di bawah pengurusan Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Jelasnya, sejak itu juga, TH kembali bertapak semula di bawah Abdul Rashid yang diketahui mempunyai rekod pengurusan yang cemerlang.

“Sejak itu juga, TH kembali bertapak semula di bawah Abdul Rashid yang diketahui mempunyai rekod pengurusan yang cemerlang,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Anwar turut memaklumkan  Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) masih menanggung beban hutang akibat salah urus pentadbiran terdahulu.

Katanya, kerajaan kini terpaksa memperuntukkan kira-kira RM980 juta setiap tahun bagi membayar hutang lama FELDA supaya kebajikan peneroka tidak terjejas.

“Saya tidak tergamak mengambil wang FELDA atau peneroka kerana itu bukan kesilapan mereka, tetapi kesilapan pengurusan atasan. Sebab itu kerajaan menggunakan dana negara untuk melunaskan hutang tersebut,” katanya

Related Posts

Aminuddin bidas KJ, jangan samakan undi Melayu Johor dengan Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Corak sokongan pengundi Melayu di Johor tidak boleh dibandingkan secara terus dengan Negeri Sembilan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Seri Aminuddin Harun. Beliau berkata, setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aminuddin utamakan strategi akhir PRN, bukan debat Jalaluddin

PORT DICKSON – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, memilih memberi tumpuan kepada strategi akhir kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) berbanding menyahut pelawaan mengadakan debat dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Aminuddin bidas KJ, jangan samakan undi Melayu Johor dengan Negeri Sembilan

Aminuddin bidas KJ, jangan samakan undi Melayu Johor dengan Negeri Sembilan

Aminuddin utamakan strategi akhir PRN, bukan debat Jalaluddin

Aminuddin utamakan strategi akhir PRN, bukan debat Jalaluddin

Kartun antara saluran terbaik rakyat fahami Malaysia MADANI secara santai – Zunar

Kartun antara saluran terbaik rakyat fahami Malaysia MADANI secara santai – Zunar

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Kastam Pulau Pinang berjaya lumpuhkan sindiket seludup rokok bernilai RM9.14 juta

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

Jika RCI diterbitkan tiga tahun lalu, Tabung Haji boleh ‘gulung tikar’

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad

MCMC, PDRM siasat dakwaan akaun palsu muat naik kandungan hina Nabi Muhammad