Sabah tegas AKPS tidak boleh hakis autonomi imigresen negeri

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah menjelaskan pelaksanaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia 2024 (Akta 860) di negeri ini tidak boleh menghakis hak autonomi Sabah dalam hal ehwal imigresen yang dijamin di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai berkata, AKPS merupakan undang-undang di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, namun kerajaan negeri telah mengemukakan pendirian supaya pelaksanaannya di Sabah tidak menjejaskan kuasa imigresen negeri.

“Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Malaysia 2024 adalah di bawah bidang kuasa Persekutuan.

“Oleh itu, kerajaan negeri telah mengemukakan pendirian agar pelaksanaan AKPS di Sabah tidak akan menghakis hak autonomi di bawah Akta Imigresen,” tegasnya semsa menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Wilfred Madius Tangau dan ADUN Kapayan, Chin Tek Ming pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, pada Rabu.

Dalam pada itu, Joniston berkata, kerajaan negeri tetap berpendirian kuasa imigresen Sabah yang termaktub di bawah Artikel Lima (V) MA63 merupakan hak yang tidak boleh dirunding kerana ia adalah antara asas penting dalam pembentukan Malaysia.

“Pelaksanaan penubuhan Malaysia di bawah MA63 adalah tertakluk kepada penggubalan kuasa imigresen Sabah dan Sarawak yang perlu terus dipelihara,” jelasnya.

Tambahnya, kerajaan negeri telah mengutus surat rasmi kepada Perdana Menteri bagi menyatakan pendirian supaya Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah terus dikekalkan sebagai agensi yang mengawal semua pintu masuk ke Sabah.

“Kerajaan Negeri juga mahu kuasa mengeluarkan notis Not-To-Land (NTL) kekal di bawah bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.

“Kerajaan Negeri Sabah juga menekankan bahawa jaminan perlindungan kedudukan dari segi Perlembagaan mengenai negeri Sabah hendaklah sentiasa terpelihara dan memastikan tiada sebarang penghakisan kepada hak istimewa serta kuasa autonomi imigresen Sabah dan pihak berkuasa negeri,” ujarnya.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

KOTA KINABALU – Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 Peringkat Negeri Sabah yang akan berlangsung pada 16 September ini sedang giat diselaraskan dengan kerjasama semua kementerian, jabatan dan agensi berkaitan. Pengerusi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan