Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

MARAN – Khazanah berharga para ulama dan tokoh agama kini mendapat nafas baharu menerusi usaha murni Madrasah Raudhah Al-Muhibbin dekat Chenor, di sini, yang giat memelihara ratusan warisan sejarah Islam dari sekitar Pantai Timur.

Antara koleksi utama dipamerkan di galeri madrasah berusia lima tahun itu termasuklah naskhah al-Quran tulisan tangan berusia lebih 200 tahun, kitab-kitab agama lama, serta barangan peribadi milik tokoh ulama terdahulu yang disumbangkan oleh waris mereka.

Pengerusi madrasah, Barakatullah Mohd Bahari menjelaskan, idea penubuhan galeri ini tercetus bagi mendedahkan generasi muda terhadap sejarah dan bersesuaian dengan pengisian kerohanian.

“Kita mahu garapkan jiwa generasi sekarang supaya kenal dan kasih pada ulama, sekali gus membina jati diri dan hala tuju hidup yang jelas,” katanya.

Keunikan galeri ini terus menarik kunjungan ramai, termasuk rombongan kira-kira 100 ahli kariah Masjid Tepian Putra, Kuantan menerusi Program Ziarah Rohani – Menghayati Perjuangan Ulama dan Aulia.

Selain melawat galeri berkenaan, peserta turut dibawa melihat Masjid Kampung Pantai Chenor, antara masjid tertua di Pahang.

Seorang peserta, Nor Rehan Ali, 68, menyifatkan program ini sangat bermanfaat dan memberi nilai tambah terhadap kecintaan kepada sejarah perkembangan Islam, terutama di Pahang.

“Ramai antara kami – malah orang Pahang sendiri – tidak tahu tentang kewujudan masjid lama dan pondok bersejarah ini. Program sebegini sangat membantu dan membuka mata kami,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah selaku penyelaras program menjelaskan, usaha ini penting bagi memupuk kembali rasa cinta masyarakat terhadap golongan agamawan.

“Ulama umpama bintang di langit yang memberi petunjuk kepada ummah. Kita mahu tanamkan semula rasa kasih ini kepada mereka,” ujarnya.

Beliau turut bercadang untuk memperluas program ini ke makam-makam ulama dan tapak bersejarah lain di Pahang pada masa depan.

Related Posts

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

BENTONG – Kebimbangan pengguna jalan raya, khususnya di laluan Mempaga, Bentong terhadap sikap segelintir pemandu kenderaan pacuan empat roda membawa muatan durian yang didakwa memandu secara berbahaya mendapat perhatian Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

SANDAKAN – Cubaan menyeludup 360 liter minyak petrol bersubsidi menggunakan sebuah bot berjaya dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan dalam operasi di perairan Sungai (Sg) Sabine,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Young Syefura jumpa polis, JPJ isu pacuan empat roda muatan durian laju

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Politik Pas menyerupai Machiavellian, bukan berteraskan Islam -Tun Faisal

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Ziarah Rohani buka ruang hayati sejarah tokoh ulama, agamawan

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Maritim Sandakan patah cubaan seludup petrol subsidi di Sungai Sabine

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Subkontraktor dituduh jalankan urus niaga haram, miliki senjata api

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea

Dua beradik perlu RM120,000 pembedahan implan koklea