JobCare Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja, gaji cecah RM5,000

KUALA SELANGOR – Lebih 10,000 peluang pekerjaan termasuk jawatan profesional dengan tawaran gaji sehingga RM5,000 telah disediakan menerusi Karnival Jelajah JobCare Selangor yang bermula sejak April lalu.

Pengurus Kes Sistem Insurans Pekerjaan, Aaron Davidraj berkata, siri jelajah yang berlangsung di Kuala Selangor hari ini menghimpunkan 28 majikan yang menawarkan kira-kira 4,000 kekosongan jawatan merangkumi sektor perkhidmatan, peruncitan dan profesional.

Menurut beliau, peluang pekerjaan yang ditawarkan disesuaikan dengan latar belakang, kelayakan dan profil pencari kerja bagi memastikan padanan yang lebih berkesan antara majikan dan pencari pekerjaan.

“Sebanyak 28 syarikat mengambil bahagian dalam jelajah kali ini dengan menawarkan sekitar 4,000 jawatan kosong. Selain sektor perkhidmatan dan peruncitan, terdapat juga peluang dalam bidang profesional dengan tawaran gaji melebihi RM5,000.

“Kami menyasarkan lebih 200 pencari kerja menghadiri sesi temu duga pada hari ini. Secara keseluruhan, lebih 10,000 peluang pekerjaan telah ditawarkan menerusi siri jelajah ini dan jumlah itu dijangka terus meningkat pada penganjuran akan datang,” katanya, seperti dipetik Media Selangor.

Kerajaan Negeri merancang menganjurkan sembilan siri Karnival Jelajah JobCare Selangor sepanjang tahun ini, bermula di Kuala Langat, bagi memperluaskan akses rakyat kepada peluang pekerjaan di seluruh negeri.

Program itu menyasarkan penyediaan sehingga 40,000 peluang pekerjaan merentasi pelbagai sektor, selain menampilkan dua komponen utama iaitu JobCare Istimewa dan JobCare Premium bagi memenuhi keperluan pelbagai kategori pencari kerja.

Sebelum ini, ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan Karnival Jelajah JobCare Selangor akan diperkasakan mulai tahun depan dengan penambahan program pensijilan serta pembangunan kemahiran dengan peruntukkan RM1 juta sebagai usaha memperkukuh kebolehpasaran tenaga kerja dan menangani isu pengangguran di Selangor.

Related Posts

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menerima 13 laporan polis setakat tengah hari Khamis susulan ucapan yang didakwa menyentuh agama Kristian pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 dikesan berlaku pada jarak kira-kira 88 kilometer (km) utara dari Sandakan, Sabah pada jam 10.30 malam Khamis. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Polis Sabah terima 13 laporan susulan ucapan berkait paderi, biarawati

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Konvensyen Khas PBB Zon Selatan: Hanifah ketuai penyelarasan awal jawatankuasa protokol

Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Gempa bumi lemah 3.7 magnitud dikesan 88km utara Sandakan

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar