Tindakan pantas polis selamatkan lelaki cuba terjun Jambatan Lutong

MIRI – Tindakan pantas anggota unit peronda polis berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun dari Jambatan Lutong pada Selasa.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung insiden tersebut pada jam 12.50 tengah hari.

Katanya, pengadu memaklumkan penemuan seorang individu berpakaian gelap dan memakai topi keledar dalam keadaan mencurigakan, dipercayai bersedia untuk terjun ke dalam sungai dari jambatan berkenaan.

“Anggota bertugas mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memujuk lelaki berkenaan supaya tidak terjun ke dalam sungai sebelum berjaya menenangkannya.

“Lelaki tersebut kemudian dibawa ke Balai Polis Lutong untuk tindakan lanjut,” jelas kenyataan itu pada Rabu.

Menurut IPD Miri, dua anggota Unit Kereta Peronda (MPV) daripada Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti segera digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu dipercayai bertindak sedemikian akibat berdepan masalah keluarga yang serius.

“Susulan itu, ahli keluarganya telah dipanggil ke balai polis dan diberikan khidmat nasihat agar mencari jalan penyelesaian terbaik tanpa mengambil tindakan semberono yang boleh membahayakan nyawa,” katanya.

Polis Miri turut menasihati orang ramai agar tidak mengambil jalan singkat sekiranya berdepan tekanan perasan, sebaliknya merujuk masalah kepada ahli keluarga.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam