KPDN serbu dua stesen minyak seleweng bahan api di Bekenu

MIRI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri menyerbu dua stesen minyak di Pekan Bekenu semalam selepas dipercayai terbabit dalam penyelewengan diesel dan petrol bernilai lebih RM126,000.

Operasi penguatkuasaan itu digerakkan hasil risikan awal yang dilakukan di luar waktu operasi perniagaan di kedua-dua premis berkenaan.

Menurut kenyataan KPDN Miri, pemeriksaan awal ke atas beberapa buah kenderaan mencurigakan di kawasan stesen minyak itu mendapati wujud aktiviti pemindahan bahan api secara haram.

“Hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada rampasan 140 liter diesel dan 530 liter petrol.

“Turut disita adalah kenderaan dan beberapa barangan lain, menjadikan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM126,759.60,” jelas kenyataan itu pada Rabu.

Menurut KPDN miri, minyak berkenaan didapati dipindahkan ke dalam tong dram serta bekas plastik yang disembunyikan di bahagian belakang dan sisi kenderaan terbabit.

Susulan itu, dua tindakan kes dikenakan terhadap pemilik stesen minyak di bawah Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, manakala dua lagi tindakan ke atas kenderaan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kes kini disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun bagi individu, dan denda sehingga RM2 juta bagi syarikat, jika sabit kesalahan.

Tegas kenyataan tersebut, pemantauan berterusan akan sentiasa digerakkan bagi mengekang ketirisan barang kawalan di lapangan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat digesa menyalurkan aduan menerusi saluran rasmi kementerian bagi membantu usaha penguatkuasaan.

Related Posts

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

KUALA KANGSAR – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) ditemukan maut dengan kesan kecederaan di bahagian betis dipercayai akibat ditikam di kediamannya di Kampung Cheh Hilir, Kati, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

KABONG – Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang menjadikan sebuah kedai runcit sebagai lokasi menawarkan perkhidmatan tambah nilai judi dalam talian membawa padah apabila dia ditahan di Pekan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

Ketua Pemuda Pas Terengganu letak jawatan, tiga pemangku dilantik

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

55 aduan diterima Tribunal Antibuli

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Seorang wanita OKU maut, dua ahli keluarga ditahan

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

Remaja 18 tahun diberkas jual tambah nilai judi dalam talian

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

PSKPP Sarawak kali ke-44 berlangsung di Limbang, Lawas Oktober ini

Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis

  • By Fatin
  • September 24, 2026
Dua penjawat awam kemuka tuntutan palsu RM30,000 dituduh pada Khamis