Projek LCS capai 78.1 peratus, MINDEF jamin kapal pertama siap ikut jadual

KUALA LUMPUR – Projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 78.1 peratus setakat 31 Mei lalu, dengan kapal pertama dijangka diserahkan mengikut jadual pada Disember ini.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memaklumkan, pencapaian itu berbanding sasaran asal sebanyak 85.21 peratus, dengan perbezaan 7.11 peratus, manakala keseluruhan perbelanjaan projek setakat ini berjumlah RM8.457 bilion atau 76.2 peratus daripada nilai keseluruhan projek.

“Keputusan kerajaan Norway membatalkan lesen eksport sistem Naval Strike Missile (NSM) kepada Malaysia tidak menjejaskan jadual penyerahan kapal seperti yang dijamin oleh Lumut Naval Shipyard (LUNAS).

“Kapal-kapal LCS masih memiliki pelbagai keupayaan termasuk peperangan antikapal selam, peperangan antiudara, peperangan elektronik serta Combat Management System (CMS) yang mengintegrasikan sistem radar dan pengesan kapal,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

MINDEF berkata, pihaknya bersama TLDM sedang mengambil langkah terbaik bagi memastikan keupayaan sistem peluru berpandu Surface-to-Surface Missile (SSM) pada kapal LCS dapat dipulihkan.

Jawapan itu diberikan bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, berhubung status terkini projek LCS, jumlah perbelanjaan dana awam, kos tambahan yang diperlukan serta jaminan penyerahan kapal pertama kepada TLDM.

Sebelum ini, kerajaan Norway membatalkan lesen eksport sistem NSM ke Malaysia atas faktor keselamatan negara berkenaan, susulan itu MINDEF telah mengemukakan notis tuntutan bernilai kira-kira RM1 bilion terhadap syarikat pertahanan terbabit.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini turut memberi jaminan bahawa isu tersebut tidak akan menjejaskan jadual penyerahan kapal LCS yang sedang dibina.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit