BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda.

Calon Pakatan Harapan (PH) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling, Alan Tee Boon Tsong berkata, program Jelajah TVET sepatutnya menjadi ruang untuk pelajar mengenali peluang pendidikan, kemahiran dan masa depan kerjaya mereka.

“Contohnya dalam satu poster program itu jelas tertulis: penyertaan adalah wajib. Pelajar dikumpulkan, dibawa dengan pengangkutan yang disediakan dan program ini dianjurkan oleh Pejabat Menteri Besar Johor.

“Jadi persoalannya, mengapa apabila pelajar hadir ke program pendidikan seperti ini, mereka perlu disajikan dengan cerita politik,” katanya dalam sidang media bersama-sama tiga calon PH yang lain di Jalan Lingkaran Dalam, Bukit Senyum, pada Isnin.

Hadir sama, Andrew Chen Kah Eng (Stulang), Kartiyaini Jeyapalan (Skudai), Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Nor Zulaila (Tiram).

Terdahulu terdapat satu video memaparkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi bercakap dan menyarankan supaya mengundi calon BN semasa program jelajah TVET.

Dalam pada itu, Alan menegaskan, pelajar bukan bahan kempen dan mereka hadir kerana diwajibkan, bukan kerana mahu mendengar ceramah politik atau menjadi audiens untuk membina imej mana-mana pemimpin.

“Kalau benar mahu memperkasakan TVET, bercakaplah tentang peluang latihan, bantuan pendidikan, kebolehpasaran graduan dan pekerjaan bergaji baik.

“Jangan gunakan program wajib pelajar sebagai pentas politik. Pendidikan mesti kekal sebagai pendidikan bukan alat kempen. Mereka gunakan program jelajah TVET untuk membawa mahasiswa masuk ke dewan untuk disajikam dengan kempen politik,” katanya.

Apa yang mengecewakan, beliau memaklumkan, pelajar yang tidak hadir akan dikira sebagai ponteng kerana program disyaratkan wajib kepada pelajar.

“Soalan kedua saya nak tanya kepada BN. Adakah pelajar hadir ke program untuk belajar atau berpolitik. Kalau benar mahu memperkasakan TVET, bercakaplah tentang peluang latihan.

“Ataupun bercakap tentang bantuan pendidikan, kebolehpasaran graduan dan pekerjaan bergaji baik. Jangan gunakan program wajib pelajar sebagai pentas politik,” katanya.

Related Posts

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

LABIS – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.05 DUN Tenang, Elia Nadira Sabudin menegaskan komitmennya untuk membawa pendekatan politik berteraskan nilai, pendidikan dan khidmat kepada rakyat sepanjang perjuangannya di kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

JOHOR BAHRU – Pengalaman lebih sedekad sebagai peguam menjadi antara kelebihan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, Kartiyaini Jeyapalan, dalam memahami dasar kerajaan serta undang-undang untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka