Debat komuniti kupas isu had umur, literasi digital kanak-kanak

MIRI – Pelaksanaan had umur penggunaan media sosial bagi individu bawah 16 tahun yang dijadual bermula Jun 2026, menjadi fokus utama Program Debat Komuniti pada Rabu.

Program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Miri dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Luak itu menghimpunkan ahli Komuniti MADANI, belia dan penduduk setempat.

Pegawai Penerangan Daerah Miri, Aidawatie Mustapha berkata, program berkenaan merupakan usaha berterusan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk memperkukuh penyampaian maklumat kerajaan secara lebih interaktif.

“Kerjasama erat pelbagai pihak ini mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasakan literasi digital,

“Selain itu, turur memupuk pemikiran kritis serta membina komuniti yang berdaya tahan terhadap cabaran dunia siber,” katanya.

Turut serta sebagai agensi jemputan ialah wakil Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) bagi berkongsi pandangan mengenai peranan masyarakat dalam membentuk komuniti celik digital.

Terdahulu, Mengangkat usul ‘Dewan Ini Menyokong Pelaksanaan Had Umur Penggunaan Media Sosial Bawah 16 Tahun Bermula Jun 2026’, sesi tersebut menyaksikan pertembungan idea hujah yang menyentuh aspek keselamatan siber dan perlindungan kanak-kanak.

Pasukan kerajaan berhujah, penetapan had umur itu merupakan langkah proaktif bagi mengekang pendedahan kanak-kanak kepada kandungan negatif, buli siber dan ketagihan yang menjejaskan perkembangan emosi.

Sebaliknya, pasukan pembangkang menegaskan bahawa usaha pengukuhan literasi digital, kesedaran ibu bapa dan pemerkasaan ciri keselamatan platform media sosial perlu diutamakan agar teknologi dimanfaatkan secara selamat.

Program berkenaan diakhiri dengan penyampaian sijil kepada para peserta serta agensi yang terlibat dalam menjayakan penganjuran tersebut.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak