Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

SEMPORNA – Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (Puspabumi), memohon Kerajaan Persekutuan serta kementerian berkaitan agar memberi perhatian serius terhadap isu kuota diesel di Sabah yang dilihat tidak selari dengan keperluan sebenar di negeri ini.

Pengerusinya, Madzafar Mad Zahala berkata, kegagalan mengambil tindakan sewajarnya akan menjejaskan kelangsungan operasi sektor pelancongan di Semporna, yang merupakan antara destinasi pelancongan utama negara.

Katanya, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi tempatan serta mata pencarian ribuan pengusaha dan pekerja yang bergantung kepada industri terbabit.

“Kami bukan menolak usaha kerajaan untuk menambah baik sistem subsidi, namun dasar yang dilaksanakan mestilah mengambil kira realiti dan keperluan sebenar Sabah.

“Jangan samakan keadaan Sabah dengan Semenanjung. Kami berharap kerajaan mendengar suara pengusaha pelancongan sebelum sebarang keputusan yang memberi kesan besar kepada industri ini dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Menurut Madzafar, sektor pelancongan di Semporna melibatkan pelbagai operasi yang memerlukan penggunaan diesel secara berterusan.

“Ini termasuk pengusaha bas pelancong, bot pelancong serta pengusaha premis penginapan di atas laut yang menggunakan generator (genset) sebagai sumber bekalan elektrik.

“Had kuota diesel sebanyak 200 liter adalah tidak mencukupi bagi menampung keperluan sebenar industri pelancongan di Semporna yang beroperasi setiap hari.

“Jika isu kuota dan harga diesel ini tidak ditangani dengan sewajarnya, ia bukan sahaja akan meningkatkan kos operasi pengusaha pelancongan, malah berpotensi menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, kos sara hidup rakyat serta daya saing industri pelancongan Sabah,” jelasnya.

Related Posts

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

KULAI – Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Isnin ini sebelum melancarkan tawaran rasmi kepada rakyat negeri itu dalam masa terdekat. Ketua Setiausaha PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kehadiran Anwar bergantung prestasi jentera PH, Grand Finale 9 Julai jadi tumpuan

KULAI – Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan turun membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, termasuk menghadiri program kemuncak atau Grand…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

APM perhebat kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana, MADANI KITA perlu diperluas

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PH yakin bekas ahli PKR bertanding atas tiket Bersama tidak jejas sokongan pengundi

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

PRN Johor: Majoriti kerusi DUN saksikan pertandingan tiga penjuru, 14 kerusi BN-PH bertembung

Kerajaan MADANI perkukuh mahkamah syariah tanpa bantahan menteri bukan Islam – PM