Pemimpin masyarakat, penjawat awam diseru hayati semangat hijrah dalam kehidupan harian

TAWAU – Pemimpin masyarakat, penjawat awam dan setiap individu di negeri ini diseru agar menghayati semangat hijrah dengan mencontohi peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai asas ke arah yang lebih baik.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, nilai hijrah dalam kehidupan harian dilihat mampu membentuk sikap amanah, berintegriti dan komited dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Sudah pasti apabila ada sifat hijrah dalam diri kita, InsyaAllah sudah sepastinya Allah SWT akan menjanjikan kejayaan bagi mereka untuk mendapat keredaan dan kecintaan daripada Allah SWT.

“Oleh itu, kita berharap agar semua penjawat awam atau siapa sahaja individu yang ada ini supaya dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab itu.

“Ini sekali gus memastikan masyarakat akar umbi dapat menerima sebaik mungkin perancangan dan halatuju yang dibawa oleh kerajaan pada hari ini,” katanya kepada media pada Sambutan Ma’al Hijrah 1448H Peringkat Tawau, pada Jumaat.

Nizam yang juga ADUN Apas berkata, selaras dengan tema ‘MADANI dihayati, ummah diberkati’, masyarakat Islam diseru agar mengamalkan nilai-nilai murni yang dibawa oleh Rasulullah SAW seperti yang diperintahkan dalam Al-Quran.

Katanya, nilai-nilai ini perlu diterjemahkan dalam setiap aspek kekehidupan termasuk dalam bidang pekerjaan dan tanggungjawab harian agar dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang.

“Konsep Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menekankan kepentingan membina masyarakat yang berilmu, berakhlak dan saling menghormati.

“Justeru, hubungan silaturahim perlu terus dipelihara, disertai sikap hormat-menghormati antara satu sama lain yang secara langsung mendapat kejayaan dunia dan akhirat, ” ujarnya.

Majlis itu dihadiri kira-kira 500 individu pelbagai lapisan masyarakat dengan pengisian ceramah, nasyid dan Penganugerahan Tokoh Ma’al Hijrah kepada Datuk Abdul Muis Picho.

Related Posts

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

KULAI – Pakatan Harapan (PH) akan memuktamadkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Isnin ini sebelum melancarkan tawaran rasmi kepada rakyat negeri itu dalam masa terdekat. Ketua Setiausaha PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

SEMPORNA – Persatuan Pengusaha Syarikat Pelancongan Bumiputera Tempatan Semporna (Puspabumi), memohon Kerajaan Persekutuan serta kementerian berkaitan agar memberi perhatian serius terhadap isu kuota diesel di Sabah yang dilihat tidak selari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

PH muktamad manifesto PRN Johor Isnin ini, tawar agenda realistik demi kepentingan rakyat

Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

Kuota diesel Sabah perlu dinilai semula selaras keperluan industri pelancongan – Puspabumi

Kehadiran Anwar bergantung prestasi jentera PH, Grand Finale 9 Julai jadi tumpuan

Kehadiran Anwar bergantung prestasi jentera PH, Grand Finale 9 Julai jadi tumpuan

Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

Jualan Rahmah MADANI bantu rakyat berjimat, ringankan kos sara hidup

Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

Program Jom Tukar Topi Keledar: Terima kasih PMX, terima kasih Kerajaan MADANI!

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak

Langgar Akta Perikanan 1985, Maritim rampas 108 bubu naga haram di perairan Perak