Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

LENGGONG – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang guru wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 30, Jalan Kuala Kangsar–Gerik–Pengkalan Hulu, berhampiran Restoran Tasik Raban di sini pada Khamis.

Mangsa yang terkorban dikenal pasti sebagai Inspektor Melvindar Singh Gamum Singh, 41, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu, serta Zuraida Abu Bakar, 47, guru di Kolej Vokasional Gerik.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kemalangan melibatkan sebuah Toyota Vios yang dipandu Melvindar dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey.

Difahamkan, Zuraida bersama lima lagi warga pendidik menaiki Honda Odyssey berkenaan dalam perjalanan pulang ke Gerik selepas menghadiri satu kursus di Lenggong.

Kesemua lima mangsa lain termasuk pemandu MPV terbabit terselamat dan mengalami kecederaan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Lenggong bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.57 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lenggong yang diketuai PBK I Mohd Efendy Md Zin tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian dan mendapati beberapa mangsa tersepit di dalam kedua-dua kenderaan.

“Komander operasi telah menjalankan penilaian situasi sebelum mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Seorang pemandu Toyota Vios dan seorang penumpang wanita di bahagian belakang Honda Odyssey disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, operasi berjaya dikawal pada jam 5.40 petang dan tamat sepenuhnya pada jam 6.12 petang.

Sementara itu, JBPM Perak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua mangsa serta menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, mengutamakan keselamatan dan memandu secara berhemah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff