Anak Sabah digalak ceburi industri pelaut, sokong lonjakan ekonomi biru

KOTA KINABALU – Anak-anak Sabah digalakkan untuk menceburi industri pelaut bagi memenuhi keperluan tenaga kerja sektor maritim yang semakin berkembang serta menyokong agenda pembangunan ekonomi biru negeri ini.

Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, kerjaya sebagai pelaut merupakan antara bidang yang mempunyai potensi besar sejajar dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang memberi tumpuan kepada pembangunan sektor maritim.

“Objektif program ini adalah untuk kita memupuk kesedaran dan membuka ruang kepada anak-anak muda kita, khususnya dalam kalangan para pelajar, untuk mempertimbangkan kerjaya mereka dalam industri pelaut ini.

“Ia merupakan satu sektor yang kita perlukan di Sabah sesuai dengan wawasan Kerajaan Sabah hari ini, Sabah Maju Jaya 2.0, di mana kita mahu membangunkan sektor maritim termasuk ekonomi biru dan sudah tentulah graduan dalam sektor maritim ini termasuk kerjaya pelaut sangat diperlukan,” katanya semasa sidang media selepas melancarkan Program Aspirasi Kerjaya Pelaut Sabah 2026 yang dianjurkan Persatuan Pelaut Sabah sempena Sambutan Hari Pelaut Sedunia di sini, pada Khamis.

Menurut Ewon, jumlah anak Sabah yang terlibat dalam industri pelaut masih rendah berbanding negeri-negeri lain walaupun bidang tersebut menawarkan peluang kerjaya yang luas.

“Saya dimaklumkan bilangan anak-anak Sabah dalam industri ini banyak tetapi pada jumlah yang masih rendah berbanding dengan negeri-negeri lain di dalam negara kita.

“Jadi saya yakin Persatuan Pelaut Sabah akan meneruskan program seumpama ini, tidak hanya pada hari ini tetapi juga ke sekolah-sekolah untuk memupuk kesedaran dan peluang yang ada dalam sektor ini,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Persatuan Pelaut Sabah atas inisiatif menganjurkan program berkenaan bagi memperkenalkan peluang kerjaya maritim kepada generasi muda negeri ini.

Related Posts

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

TAWAU – Penurunan harga diesel yang diumumkan kerajaan disifatkan sebagai langkah positif, bagaimanapun pelaksanaannya perlu mengambil kira geografi dan cabaran logistik di Sabah dan Sarawak. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkap bilik utama kediamannya di aras 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar di sini, malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia

Malaysia buktikan status negara aman, kini ranking ke-12 dunia