Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

GEORGE TOWN – Angkara teguran, seorang warga emas menetak abang kandungnya sehingga cedera parah dengan parang dalam satu pertengkaran di sebuah rumah kebun durian di Paya Terubong, Air Itam di aini pada Ahad lalu

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, mangsa lelaki berusia 65 tahun dikatakan pergi ke kebun berkenaan untuk melawat kawasan miliknya sebelum mendapati pelbagai barangan di rumah kebun tersebut mengalami kerosakan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa mengesyaki kerosakan itu dilakukan oleh adiknya yang berusia 62 tahun lalu menegur lelaki terbabit.

“Teguran tersebut, bagaimanapun mencetuskan pertengkaran mulut antara dua beradik itu sebelum suspek bertindak agresif.

“Suspek dipercayai mengambil sebilah parang dan menetak mangsa sebanyak tiga kali sebelum melarikan diri dari lokasi kejadian,” katanya di sini pada hari ini.

Akibat serangan itu, Abdul Rozak berkata, mangsa mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Katanya, polis menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada pukul 3.50 petang sebelum melancarkan operasi mengesan suspek.

“Hasil tindakan pantas polis dengan bantuan Unit Pengesan K-9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, suspek berjaya ditahan pada pukul 6.30 petang hari yang sama di belakang rumah di lokasi kejadian.

“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula 22 hingga 28 Jun bagi membantu siasatan lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah menggunakan senjata berbahaya serta Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Related Posts

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

ALOR SETAR – Penurunan harga diesel kepada RM2.10 seliter serta pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar menerusi program Budi MADANI yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini menunjukkan kesediaan kerajaan mendengar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Video murid dibuli di Tenom tular, polis dan JPN Sabah siasat

KOTA KINABALU – Satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kejadian dipercayai membabitkan seorang murid 11 tahun yang menjadi mangsa buli di sebuah asrama sebuah sekolah rendah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

Mesyuarat Menteri Besar, Ketua Menteri perhalusi strategi tangani ketidaktentuan global

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

PRN Johor: Maszlee sahut cabaran debat Onn Hafiz

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

Warga emas cedera parah ditetak dengan parang di kebun durian

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

BDR jimat RM5.98 juta subsidi petrol – KSN

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Islam bukan milik mana-mana parti, Pas bukan badan pensijilan ‘Halal’ politik

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat

Penurunan harga diesel bukti kerajaan prihatin keluhan rakyat