13 individu termasuk pengarah, bekas pengarah agensi kerajaan direman kes rasuah RM2.5 juta

IPOH – Seorang pengarah dan bekas pengarah sebuah agensi kerajaan di utara Semenanjung antara 13 individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM2.5 juta.

Kesemua suspek dipercayai terlibat dalam sindiket yang melantik syarikat kontraktor dikawal ejen kartel untuk memonopoli kerja-kerja lantikan terus serta sebut harga di agensi berkenaan.

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM memaklumkan, kesemua suspek terdiri daripada 10 lelaki dan tiga wanita berusia antara 30 hingga 60-an yang ditahan antara jam 8 malam hingga 11 malam pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak.

Menurut kenyataan itu, daripada 13 individu yang ditahan, lapan merupakan penjawat awam manakala lima lagi terdiri daripada orang awam serta pemilik syarikat.

“Dua penjawat awam dan seorang pengarah syarikat direman selama dua hari bermula 16 hingga 17 Jun, manakala 10 lagi suspek direman selama lima hari sehingga 20 Jun selepas Majistret Anis Hanini Abdullah membenarkan permohonan reman SPRM di Mahkamah Majistret Ipoh,” katanya pada Rabu.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan tersebut dalam tempoh antara tahun 2024 hingga 2026.

Menurut SPRM, kontraktor yang ditahan turut mengakui mereka perlu membayar rasuah antara 10 hingga 15 peratus kepada orang tengah sebelum wang berkenaan disalurkan kepada pengarah dan bekas pengarah agensi kerajaan terbabit sebagai balasan mendapatkan projek.

Kes itu terbongkar susulan pelaksanaan Ops Drain oleh Bahagian Siasatan SPRM yang dijalankan pada Isnin lalu di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Perak.

Dalam operasi berkenaan, sebanyak 25 lokasi membabitkan kediaman, premis pejabat serta agensi kerajaan telah diserbu dan digeledah.

Hasil operasi itu, SPRM menyita wang tunai kira-kira RM1.5 juta, seutas jam tangan mewah, dua buah kenderaan, sebuah motosikal berkuasa tinggi serta pelbagai barangan kemas dianggarkan bernilai RM1 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana meminta dan menerima suapan.

Related Posts

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

ALOR SETAR – Cubaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja bernilai kira-kira RM1.17 juta dari negara jiran gagal. Suspek ditahan ketika dalam pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

KUALA LUMPUR – Komuniti penghantar makanan dan barangan kini mempunyai sebuah ruang khusus untuk berehat beserta kemudahan asas menerusi D’Tebing Recharge Rider yang diperkenalkan sebagai Hab P-Hailing Kuala Lumpur. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC – Jauteh

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC –  Jauteh

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience