Tokoh Maal Hijrah Selangor diiktiraf atas peranan benarkan polis wanita bertudung

SHAH ALAM – Peranan memperkenalkan pemakaian tudung rasmi dalam kalangan anggota polis wanita menjadi antara sumbangan utama Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sehingga dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Selangor 1448H.

Abdul Aziz berkata, usaha itu bermula sekitar 1970-an dan 1980-an ketika anggota polis wanita Islam masih tidak dibenarkan memakai tudung ketika bertugas.

Menurut beliau, perbincangan bersama kepimpinan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia ketika itu akhirnya membawa kepada persetujuan membenarkan pemakaian tudung sebagai sebahagian daripada kelengkapan rasmi anggota polis wanita.

Selain itu, beliau turut mencatat rekod cemerlang dalam perkhidmatan awam termasuk pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Ketua Setiausaha beberapa kementerian serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya tidak sangka khidmat saya selama ini diperhatikan, dilihat dan dinilai. Saya bersyukur dan gembira kerana diberi penghormatan oleh Kerajaan Negeri.

“Saya anak Selangor, memang kasih sayang dan hormat kepada negeri saya itu sangat tinggi. Saya ucap setinggi terima kasih kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Kerajaan Negeri, Jabatan Agama Islam Selangor yang mengatur untuk mengadakan program Maal Hijrah ini,” katanya, seperti dilapor oleh berita tempatan pada Rabu.

Terdahulu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Selangor 1448H kepada Abdul Aziz yang menerima cek cura bernilai RM20,000, sijil dan plak penghargaan.

Related Posts

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

KOTA KINABALU – Lagu Lumangad Oku Dika karya Ryenald Guntabid dinobatkan juara Anugerah Carta Lagu Artis Sabah Musim Ke-16 (CLAS16), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.‎‎Pada pertandingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

SARATOK – Hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM16,500 dan gelaran Raja Sungai menjadi taruhan 26 pasukan yang bakal berentap dalam Regatta Krian sempena Pesta Saratok 2026, dari 2 hingga 4…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

‎‘Lumangad Oku Dika’ juara CLAS16

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

Hadiah RM16,500, gelaran Raja Sungai jadi rebutan 26 pasukan di Regatta Krian

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

CLAS16 platform angkat bakat muzik Sabah ke peringkat lebih tinggi

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

Kerajaan MADANI terus utamakan pembangunan Sabah

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

PH hanya jawab persoalan Kerajaan BN bukan campuri krisis institusi diraja, adat

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX

‘Riuh laung Melayu Islam tapi ketepikan akhlak,  idealisme perjuangan’ – PMX