Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

TENOM – Program kebun sekolah yang bertujuan memupuk kesedaran terhadap keterjaminan makanan serta keusahawanan pertanian dalam kalangan pelajar dijangka diperluaskan secara besar-besaran di seluruh Sabah bermula tahun hadapan.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Jamawi Jaafar berkata, cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Jabatan Pendidikan Sabah untuk dilaksanakan menerusi kerjasama strategik bersama kementeriannya.

“Beberapa sekolah yang menawarkan subjek pertanian di peringkat Tingkatan Empat telah pun memulakan inisiatif kebun sekolah sebagai langkah awal.

“Namun masih terdapat sekolah yang tidak mempunyai subjek pertanian.

“Jadi kita menggalakkan PIBG untuk bergerak aktif membantu pihak sekolah, manakala kementerian akan menyediakan khidmat nasihat,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Jamawi memaklumkan bahawa semua pegawai pertanian serta agensi di bawah kementerian telah diarahkan untuk membantu sekolah-sekolah yang berminat melaksanakan projek berkenaan.

“Sekiranya pelaksanaan program berjalan lancar dengan kerjasama semua pihak, usaha memperluaskannya secara besar-besaran akan dilaksanakan seawal tahun depan.

“Tahun ini fokus utama adalah meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda mengenai kepentingan sektor pertanian.

“Keterjaminan makanan perlu dipupuk dari peringkat awal supaya pelajar faham bahawa pertanian bukan sahaja sumber makanan, tetapi juga satu bidang perniagaan yang mampu menjana pendapatan,” jelasnya.

Tambah Jamawi, kementeriannya turut mengamalkan pendekatan kerja lapangan dengan nisbah 60 peratus di lapangan dan 40 peratus di pejabat bagi memastikan setiap isu dapat ditangani secara lebih berkesan.

“Saya mahu kementerian ini lebih dekat dengan masyarakat, khususnya di kampung kerana merekalah pengguna dan pengeluar utama hasil pertanian, perikanan serta makanan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Jamawi turut memaklumkan bahawa kementerian sedang dalam persiapan melancarkan platform digital kebundapur.com bagi membantu pengusaha memasarkan hasil secara terus kepada pengguna.

Related Posts

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta