Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama isteri, Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Kesyukuran Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah dan Doa Awal Tahun Baharu Hijrah 1448 Peringkat Negeri yang berlangsung di Masjid Negeri Sabah, di sini pada Selasa.

Majlis itu turut dihadiri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Musa Aman bersama Toh Puan Datin Seri Faridah Tussin yang berkenan menyertai umat Islam negeri ini dalam memanjatkan kesyukuran serta memohon keberkatan sempena kedatangan tahun baharu Hijrah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Doa Akhir Tahun 1447 Hijrah sebelum diteruskan dengan bacaan Doa Awal Tahun 1448 Hijrah, bacaan Surah Yassin, tahlil dan doa selamat.

Program itu turut diisi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan Tazkirah Khas.

Majlis berkenaan adalah antara pengisian rasmi Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1448H/2026M bagi menyemarakkan syiar Islam, memperkukuh ukhuwah dan menghayati nilai-nilai hijrah dalam kehidupan bermasyarakat.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M.Yahya; Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Mohd.Arifin Mohd Arif; Menteri Pembangunan Belia,Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Negeri dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Selain itu, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab; Pembantu-pembantu Menteri, Ahli Parlimen, ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan serta pemimpin masyarakat.

Related Posts

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta