PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan kehadiran Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing dalam sebuah majlis kempen politik di Johor baru-baru ini adalah atas kapasiti peribadi beliau sepenuhnya.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, GPS hanya menyedari kehadiran pemimpin berkenaan selepas dimaklumkan mengenai laporan daripada sebuah portal berita tempatan.

“Pihak kami ingin menegaskan bahawa kehadiran beliau dalam majlis kempen tersebut adalah atas kapasiti peribadi beliau sepenuhnya serta tiada kaitan langsung atau tidak langsung dengan GPS.

“Sebarang spekulasi yang cuba mengaitkan GPS dengan aktiviti kempen politik berkenaan juga adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Mengulas lanjut, Abdul Karim turut mengulangi pendirian teguh gabungan parti pemerintah Sarawak itu untuk terus menghormati sempadan politik tanah air.

Menurut beliau, GPS kekal konsisten dengan pendirian politik asal mereka untuk tidak mencampuri sebarang urusan pilihan raya yang berlangsung di mana-mana negeri lain.

Related Posts

Radzi, Azmin digugurkan jawatan utama PN serta-merta

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan pengguguran Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis PN dijangka berpanjangan, risiko libatkan ROS dan mahkamah jika tiada kata sepakat

KRISIS dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) dijangka tidak akan berakhir dalam masa terdekat sekiranya PAS dan Bersatu gagal mencapai penyelesaian yang memuaskan kedua-dua pihak, kata Ketua Penyelidik Ilham Centre,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta