Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.  

Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi ke atas Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pertemuan rasmi tersebut berlangsung di Pejabat Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Bangunan Baitul Makmur II, Petra Jaya pada Selasa.

Mohd Najwan berkata, lawatan kerja selama tiga hari ke Bumi Kenyalang itu bertujuan untuk mempelajari serta mencontohi kejayaan Sarawak dalam memacu segmen usahawan kreatif.  

“Sarawak semestinya menjadi negeri yang wajar dicontohi dari segi merancang, membangunkan, dan meneruskan kesinambungan pembangunan industri kreatif.  

“Malah, Datuk Seri Abdul Karim turut menawarkan satu pasukan dari Sarawak untuk dihantar ke Selangor bagi membantu pasukan kami,” katanya.  

Beliau turut menyifatkan perkongsian ilmu tersebut sebagai satu penghormatan dan sinergi berkesan antara dua kerajaan negeri.  

Sementara itu, Abdul Karim menyambut baik lawatan delegasi Selangor berkenaan dan menegaskan bahawa industri kreatif serta pelancongan mampu menjana pulangan ekonomi yang amat besar jika diuruskan dengan baik.  

“Kita dapat melihat di Sarawak, pendapatan sektor pelancongan kita mencatatkan lebih RM1 bilion setiap bulan dan ini memberikan impak positif kepada sektor perhotelan serta restoran,” jelas beliau.  

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kunjungan delegasi Selangor itu adalah sebahagian daripada persiapan perancangan Sukan Malaysia (SUKMA) yang dijadualkan berlangsung di Selangor pada bulan Ogos ini.  

Jelas Abdul Karim, selepas selesai lawatan di Kuching, Mohd Najwan dijangka berlepas ke Brunei bagi menyampaikan jemputan penyertaan temasya sukan tersebut kepada negara berkenaan.  

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting serta Datuk Snowdan Lawan.

Related Posts

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta