Piala Dunia: Mexico mula kempen dengan langkah kanan, tewaskan Afrika Selatan 2-0

TUAN rumah bersama, Mexico, memulakan kempen Piala Dunia 2026 dengan kemenangan 2-0 ke atas Afrika Selatan dalam aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Azteca, awal pagi tadi.

Jaringan Julian Quinones dan Raul Jimenez memastikan Mexico meraih tiga mata penuh dalam perlawanan yang turut menyaksikan tiga pemain dilayangkan kad merah.

Quinones membuka tirai jaringan seawal babak pertama selepas kesilapan pertahanan Afrika Selatan, Sphephelo Sithole, membolehkan Erik Lira merampas bola sebelum menghadiahkan hantaran kepada penyerang itu yang melepaskan rembatan padu untuk menggamatkan Stadium Azteca.

Misi Afrika Selatan untuk bangkit menjadi lebih sukar apabila Sithole diperintah keluar padang pada minit ke-50 selepas melakukan kekasaran terhadap Brian Gutierrez.

Mexico akhirnya menggandakan kelebihan pada minit ke-67 apabila Jimenez menanduk masuk gol kedua dari jarak dekat.

Afrika Selatan kemudian kehilangan seorang lagi pemain apabila Themba Zwane dilayangkan kad merah pada minit ke-84 kerana berkelakuan ganas, sekali gus memaksa pasukannya menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain.

Mexico turut kehilangan Cesar Montes yang dibuang padang pada masa kecederaan selepas melakukan kekasaran.

Kemenangan itu meletakkan Mexico dalam kedudukan baik untuk mengharungi baki saingan Kumpulan A dengan mereka dijadual berdepan Korea Selatan di Guadalajara pada Khamis depan.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar