Maxim e-hailing sediakan pengangkutan percuma untuk perenang para-Sarawak

KUCHING – Maxim e-hailing mengambil inisiatif dengan menyediakan pengangkutan percuma untuk perenang para-Sarawak.

Oleh itu, memorandum persefahaman (MOU) ditandatangani antara Maxim dengan persatuan renang Para-Sarawak yang diwakili oleh wakil Maxim, Shafiqah Shajari dengan Setiausaha Perenang Para-Sarawak, Sabariah di Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kompleks Negara Kuching.

Usaha Maxim itu membantu perjalanan 42 individu pergi dan balik untuk sesi latihan dua kali sehari dari Batu Kawah dengan Pusat Kecemerlangan Akuatik.

Sabariah mewakili pengurusan Perenangan Para-Sarawak sangat bersyukur dan berterima kasih kepada Maxim kerana menyediakan untuk pasukan.

“Kami perlu melakukan perjalanan 30 hingga 40 minit setiap hari ke tempat latihan,” ujar Sabariah.

Tambah Sabariah, inisiatif Maxim memudahkan mereka dapat menjimatkan masa sekali gus menjadikan perjalanan lebih selamat.

Maxim E-hailing antara pilihan pengangkutan terbaik untuk golongan kurang Upaya memandangkan aplikasinya dikemas kini untuk memenuhi keperluan mereka dan semua rakan pemandu telah diberi latihan.

Para SUKMA 2024 berlangsung dari 22 September hingga 28 September, dengan 10 acara dipertandingkan.

Related Posts

Pemegang MyKad berpeluang dapat tiket F1 GP Bahrain serendah RM200

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang teruja untuk menyaksikan perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dari 2 hingga 4 Oktober ini berpeluang mendapatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PSG angkat Piala Super, tewaskan Villa

PARIS Saint-Germain (PSG) meneruskan penguasaan di pentas Eropah apabila menewaskan Aston Villa 2-1 untuk mempertahankan Piala Super di Salzburg, Austria, awal pagi tadi. Gol Khvicha Kvaratskhelia dan Desire Doue memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP