Pemandu lori simen maut, bomba ambil masa 10 jam keluarkan mangsa tersepit

LAHAD DATU – Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu mengambil masa kira-kira 10 jam mengeluarkan mangsa kemalangan sebuah lori ‘tanker’ simen yang terjunam ke gaung dalam kejadian di Batu 18 Jalan Lahad Datu-Sandakan, pada Isnin.

Ketua BBP Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, mangsa berjaya dikeluarkan pukul 12 tengah hari dengan bantuan empat buah kereta tunda.

“Mayat mangsa kita serahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan selepas itu,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Isnin.

Pagi tadi media melaporkan seorang pemandu lori simen tersepit dan tertimbus ke tanah selepas lori dipandu terbabas lalu terjatuh ke gaung sedalam 10 meter.

Operasi mengeluarkan mangsa dilakukan seawal 2.30 pagi dengan kekuatan 10 anggota BBP Lahad Datu dan 5 anggota BBP Kinabatangan.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung