Isu viral jadi fokus, JKOM ambil pendekatan turun ke komuniti

SELAYANG – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) memperkenalkan pendekatan gerak kerja baharu yang lebih responsif terhadap isu dan kebimbangan rakyat dengan turun padang bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada komuniti.

Ketua Pengarah JKOM, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, pendekatan itu dilaksanakan selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap isu yang dibangkitkan rakyat, termasuk yang tular di media sosial, diberi perhatian dan tindakan sewajarnya.

Mohd Hisyamuddin berkata, JKOM tidak hanya bergantung kepada maklum balas di atas kertas, sebaliknya turun sendiri ke lokasi yang menjadi perhatian masyarakat untuk melihat keadaan sebenar di lapangan.

“Berdasarkan ‘signal’ yang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri, JKOM perlu responsif. Bukan sahaja responsif atas kertas. 

“Bukan lagi netizen yang bercakap, biar JKOM turun ‘direct’ kepada komuniti. Versi baru JKOM adalah kita ambil semua isu-isu viral yang netizen dan komuniti bercakap. Kita terus turun, kita kumpulkan ‘feedback’. Kita tengok sendiri dan kita buat tinjauan terus.

“Hasil tu kita akan sampaikan kepada agensi-agensi terbabit.  Macam isu yang viral ni merupakan isu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), isu bawah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan isu bawah Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang perlu diselesaikan secara tuntas. Dan malam ni kita jalan di Jalan Besar Selayang Baru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada The Malaysia Press (TMP) selepas pemantauan berkaitan isu tular di sekitar Selayang malam tadi.

Pemantauan itu diadakan susulan aduan dan kebimbangan penduduk berhubung isu membabitkan komuniti Rohingya di kawasan berkenaan yang menjadi perbincangan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Mohd Hisyamuddin berkata, hasil tinjauan mendapati tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa berkaitan di lokasi yang sebelum ini tular, termasuk pembersihan struktur dan khemah yang digunakan untuk aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak PBT, PDRM dan semua agensi yang bertindak pantas dalam menangani isu berkenaan.

Katanya, JKOM akan terus memainkan peranan sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan dengan memastikan setiap isu yang dibangkitkan masyarakat dapat disampaikan kepada pihak berkaitan untuk tindakan susulan.

Related Posts

Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengesahkan pelantikan Mohd Hisyamuddin Ghazali sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang baharu. Shamsul berkata, pelantikan yang berkuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari

TOKYO – Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini, malam tadi bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari ke Jepun atas jemputan rakan sejawatannya, Perdana Menteri, Sanae Takaichi. Pesawat khas membawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirAsia perkenal SOP baharu susulan insiden kanak-kanak Cerebral Palsy

AirAsia perkenal SOP baharu susulan insiden kanak-kanak Cerebral Palsy

Mexico jamin pembukaan Piala Dunia lancar walau berdepan ancaman protes

Mexico jamin pembukaan Piala Dunia lancar walau berdepan ancaman protes

Penganjur Miri Marathon digesa jelas kelewatan pembayaran hadiah

Penganjur Miri Marathon digesa jelas kelewatan pembayaran hadiah

Dua maut, pemandu cedera nahas di Jambatan Batang Sadong

Dua maut, pemandu cedera nahas di Jambatan Batang Sadong

Polis giat kesan dua remaja perempuan hilang di Mukah

Polis giat kesan dua remaja perempuan hilang di Mukah

Lawas berpotensi jadi hab ekonomi baharu sempadan Sarawak-Brunei-Kalimantan

Lawas berpotensi jadi hab ekonomi baharu sempadan Sarawak-Brunei-Kalimantan