Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

KUCHING – Setiausaha Cawangan SUPP Batu Kitang, Amy Tnay tampil memberi pencerahan berhubung kehadirannya ke Dialog Datuk Bandar Sedunia 2026 di Huangshan, China, yang dipersoalkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending, Violet Yong.

Amy menegaskan, kehadirannya adalah berdasarkan jemputan rasmi daripada Kerajaan Perbandaran Huangshan, China. 

Jelasnya, program tersebut bukan eksklusif untuk Datuk Bandar sahaja, sebaliknya merupakan platform pertukaran antarabangsa yang terbuka kepada pentadbir bandar, ahli akademik, pengamal budaya dan golongan profesional.

“Semua kos perbelanjaan saya ditaja sepenuhnya oleh pihak penganjur. Kerajaan Sarawak mahupun saya sendiri tidak mengeluarkan sebarang kos. 

“Peluang untuk mempromosikan Sarawak di platform antarabangsa secara percuma ini sepatutnya dibanggakan, bukannya dikritik,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau menjelaskan, jemputan itu adalah pengiktirafan terhadap usahanya mempromosikan hubungan Sarawak-China selama lebih sedekad. 

Ini termasuk sumbangan beliau dalam mewujudkan hubungan bandar persahabatan ketika menjadi Kaunselor Majlis Perbandaran Padawan serta menguruskan program biasiswa untuk lebih 50 pelajar tempatan melanjutkan pengajian di Hainan, China.

Terdahulu, Violet mempersoalkan kapasiti Amy pada persidangan antarabangsa tersebut yang didakwa menggunakan gelaran ‘Pengarah Lembaga, Lembaga Air Kuching (KWB)’.

Menurut Violet, rekod rasmi menunjukkan KWB telah dibubarkan selepas penstrukturan semula pada tahun lalu. 

Beliau turut mendakwa Amy sebelum ini sekadar memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga (Board Member), bukannya Pengarah Lembaga (Board Director).

Violet dalam kenyataannya turut mempertikaikan mengapa Bandaraya Kuching tidak diwakili secara rasmi oleh Datuk Bandar Kuching Selatan mahupun Kuching Utara.

Susulan itu, Violet menggesa Presiden SUPP, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian untuk tampil memberikan penjelasan yang telus kepada umum berhubung status dan kapasiti sebenar wakil tersebut.

“Ini bukan sekadar soal gelaran, tetapi melibatkan integriti, akauntabiliti awam dan reputasi Sarawak. Fakta sebenar perlu didedahkan agar imej negeri pada peringkat antarabangsa tidak terjejas,” tegas Violet.

Related Posts

Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Baram diteruskan, mangsa masih belum ditemui

MIRI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas tenggelam di Sungai Baram berhampiran Kampung Long Miri, Marudi, diteruskan memasuki hari kedua hari ini dengan melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menawarkan pelbagai insentif dan aktiviti menarik kepada warga kota sempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-38, termasuk diskaun 50 peratus kompaun lalu lintas,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu viral jadi fokus, JKOM ambil pendekatan turun ke komuniti

Isu viral jadi fokus, JKOM ambil pendekatan turun ke komuniti

Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN

Pelantikan Syam Ghaz disahkan KSN

Anwar tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari

Anwar tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari

Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Baram diteruskan, mangsa masih belum ditemui

Operasi SAR lelaki hilang di Sungai Baram diteruskan, mangsa masih belum ditemui

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN