Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam.

Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan turut merampas 19,600 batang rokok pelbagai jenis bersama beberapa barangan lain dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM36,748.

Komander Briged Tenggara PGA, Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan kira-kira jam 5.15 petang itu membawa kepada penahanan seorang wanita tempatan berusia 39 tahun.

Beliau berkata, suami wanita tersebut yang merupakan warga Pakistan berusia 31 tahun turut ditahan selepas kedua-duanya mengaku menyewa rumah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai menyewa premis terbabit dan membantu suaminya dalam urusan penyimpanan serta penjualan rokok tidak bercukai.

“Lelaki warga asing itu pula dipercayai menjaga dan menghantar bekalan rokok bagi pihak individu lain dengan bayaran upah RM1,500 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Menurutnya, hasil semakan mendapati kedua-dua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan tersebut.

Katanya, semua barang rampasan bersama suspek telah diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya.

Ahmad Radzi berkata, PGA akan terus memperhebat operasi dan pemantauan bagi membanteras aktiviti penyeludupan serta penjualan barangan tidak bercukai di negeri ini.

Foto: Berita RTM

Related Posts

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

ROBAN – Sambutan Hari Gawai 2026 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong yang berlangsung di Dewan Masyarakat Roban pada Sabtu disambut meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dan pemimpin setempat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH