KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) menjalinkan kerjasama strategik bagi memperkukuh inisiatif serta program advokasi berkaitan Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM).

Langkah tersebut dizahirkan menerusi kunjungan hormat pihak MAF kepada Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Dekriminalisasi Dadah, Datuk Hanifah Hajar Taib pada Rabu.

Dalam pertemuan tersebut, MAF berkongsi pandangan serta cadangan berhubung usaha memberikan nafas baharu kepada program pemulihan dan sokongan komuniti di negara ini.

Menurut Hanifah, langkah berkenaan merangkumi peralihan kepada kaedah yang lebih berteraskan rawatan, pemulihan serta sokongan kesihatan awam yang inklusif untuk jangka masa panjang.

“Usaha memperkukuh dasar dadah negara perlu dilihat secara menyeluruh termasuk mengambil kira aspek kesihatan awam, kebajikan sosial, hak asasi serta keperluan intervensi yang lebih berkesan kepada golongan terlibat.

“KKM menyokong penuh usaha advokasi yang dapat membantu membina semula landasan positif, di samping memastikan dasar berkaitan kekal selari dengan agenda kesihatan awam negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menjelaskan, kunjungan hormat itu secara tidak langsung mencerminkan komitmen berterusan KKM dalam memperkukuh pendekatan yang lebih berperikemanusiaan dan berkesan bagi menangani isu berkenaan di Malaysia.

Tambah beliau, hubungan erat antara badan bukan kerajaan (NGO) seperti MAF dengan kementerian dijangka dapat membantu mempercepatkan reformasi dasar dadah negara yang lebih mampan demi kesejahteraan masyarakat.

Related Posts

Veteran ATM disaran ceburi sektor pengangkutan selepas bersara

PUTRAJAYA – Bakal pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disarankan terus menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan dalam sektor pengangkutan selepas tamat perkhidmatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agenda nasional jaga kebajikan veteran ATM diterjemah menerusi kerjasama MoT-MINDEF

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik antara Kementerian Pengangkutan (MoT) dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada bakal pesara dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) disifatkan sebagai komitmen kerajaan dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian