Pelbagaikan aktiviti sukan tarik pengunjung ke Kompleks Sukan Sandakan – Vivian

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyambut baik usaha mempelbagaikan aktiviti sukan di Kompleks Sukan Sandakan termasuk penganjuran aktiviti riadah air yang diusahakan oleh golongan usahawan muda di daerah ini.

Vivian berkata, aktiviti seumpama itu bukan sekadar menawarkan riadah sihat kepada masyarakat, tetapi turut memberi peluang kepada pengunjung meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan melalui aktiviti kayuhan bot di tasik kompleks berkenaan.

“Pada masa sama, saya berharap aspek keselamatan pengunjung yang menyertai aktiviti riadah sukan air ini sentiasa diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Saya ingin menyeru kepada para pengunjung agar lebih peka dengan tidak membuang bekas makanan atau sampah merata-rata supaya kawasan ini sentiasa bersih, terpelihara dan selesa untuk dikunjungi,” katanya kepada media selepas merasmikan aktiviti sukan air dan riadah HR Aquasport di Kompleks Sukan Sandakan, pada Selasa.

Dalam perkembangan berkaitan, Vivian berharap peruntukan RM11 juta yang diumumkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagi kerja-kerja menaik taraf beberapa fasiliti di kompleks itu dapat dilaksanakan mengikut keperluan semasa.

Beliau turut berharap lawatan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol ke kompleks berkenaan baru-baru ini mampu memberi impak positif terhadap usaha menambah baik kemudahan yang disediakan.

Menurutnya, antara keperluan yang perlu diberi perhatian ialah penambahan lampu di sekitar kawasan kompleks sukan tersebut yang sering menjadi lokasi riadah penduduk setempat untuk berjoging dan berjalan kaki.

Untuk rekod, aktiviti riadah air HR Aquasport diusahakan pasangan suami isteri muda, Hazuezzah Hassan dan Hafiz Jakiri yang mahu mengembalikan nostalgia masyarakat terhadap sukan air yang pernah popular di Taman Hiburan Jalil Alip, Batu 14 suatu ketika dahulu.

Usaha berkenaan dilihat bukan sahaja mampu menghidupkan semula kenangan masyarakat setempat, malah berpotensi menjadi tarikan baharu yang dapat meningkatkan kunjungan orang ramai ke Kompleks Sukan Sandakan.

Related Posts

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan melaksanakan kadar baharu air di negeri ini bermula 1 Julai depan, dengan kenaikan tarif air 8.5 peratus bagi pengguna domestik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

MARANG – Seorang lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Marang hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Kuala…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

KKM sokong penuh advokasi DPPM, utamakan pendekatan berperikemanusiaan

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

City nafi Haaland minat ke Real Madrid

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Lelaki Rohingya mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penunggang motosikal

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Miliki hampir 20,000 liter diesel tanpa permit, lapan didakwa

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian

Isu sempadan Malaysia-Indonesia hampiri penyelesaian